sahabat ana!!

Sunday, March 2, 2014

Sunday, February 2, 2014

pinangan seorang perempuan

As salamualaikum.

Ini adalah jawapan yang saya dapat beri dari soalan saudari/saudara yang bernama tetamu di ruang chat box.





“salam, nk tanye.. bolehkan seorang perempuan meluahkan perasaanyer pd llaki yg die cintai?? adakah die seolah2 wanita yg tk thu malu??”





Sila ingat, jawapan saya bukan mu`tamad. Dan juga ingat, saya bukan orang yang berautoriti, bijak dan sahih dalam memberi pndapat tentang hal seperti ini. Kemungkinan besar pendapat saya salah. Saya Cuma boleh menulis menurut pengalaman, pembacaan dan nasihat dari orang yang lebih matang. Walau saya dah matang kot rasanya.. (ok.. dah)




**************************************************************************

Dear tetamu whosoever you are.

    
   Saya cuba menjawab dari perspektif saya sendiri, malangnya saya seorang lelaki. Naluri cinta dan sayang serta angau seorang wanita, hanya wanita mampu memahaminya.


    Tapi tak mengapalah, saya cuba.



Pertama sekali cik/encik kene tahu, bahawa perasaan seorang perempuan suka pada lelaki, atau sebaliknya adalah NORMAL.




Jadi jangan rasa bersalah. Dan jangan lah perkataan tak tahu malu kerana mencintai seseorang itu, menghantui benak anda.




Isu nya sekarang adalah, adakah dikira tak tahu malu sekiranya anda memberitahu dia tentang gejolak/gelojak hati anda itu?







Baiklah, sebelum soalan itu di jawab, mari saya bertanya dahulu sedikit soalan penting.



Soalan pertama :


Pada hemat fikiran dalam anda, Apakah hasil yang anda dapat jika pemberitahuan ini dilakukan? Atau dalam bahasa melayu kontemporari, “apo pekdah ea?”


Adakah dengan pemberitahuan perasaan pada lelaki tersebut, dia akan melakukan yang sepatutnya, which mean jumpa mak ayah dan minta kawin?


Atau hanya setakat, dia seronok, dan awak seronok then, that’s it. Apa pun tak jadi. Dia tak sedia, awak tak sedia. Akhirnya jalan haram jugak yang dapat.







Soalan ke-2 :

   Dengan cara apakah pemberitahuan ini akan dilakukan?

F 2 f ke? Fb 2 fb ke? Atau dari orang pengantaraan yang dipercayai?






Mengapa soalan-soalan ini saya tanyakan? Kerana ianya berkait rapat dengan maruah seorang perempuan. Dan kita percaya, maruah seorang perempuan islam adalah antara yang termahal dan tak mampu dibeli.




Seeloknya jika pemberitahuan itu bermanfaat, bahkan dia kelihatan sedia, dan anda juga merasa sedia maka saya mengalu alukan jalan ini (pemberitahuan perasaan).  Dengan cara yang betul, dan bijak sana, serta menjaga maruah anda.












Perkataan “Sedia” pada pandangan saya sangat luas maksudnya. Terlalu panjang nanti jika dihurai disini, itu kita cerita di tempat lain.








Sejarah sendiri menjadi saksi, dalam sahih bukhari, seorang wanita menawar diri pada rasulullah. Juga bagaimana khadijah isteri junjungan besar kita, menghantar orang kepada rasulullah memberitahu hasrat hatinya.



Jadi jelas perbuatan memberitahu hasrat hati kepada lelaki soleh bukan perkara baru, dan bukan perbuatan tidak tahu malu. Siapakah lebih baik peribadinya dari orang yang nabi ambil sebagai isteri dan menjadi antara isteri yang paling nabi sayangi?









Tapi jika tidak bersedia, pada cadang saya, nanti dahulu saudari. Or mungkin saudara..



Bukan kerana anda tidak tahu malu, bukan..




Ianya adalah permasaalahan hati. Takutnya Kedua dua pihak akan terganggu. Sama ada menerima, atau menolak, kedua duanya mengganggu hati dan focus. Apatah lagi si dia diam tanpa balasan. Sakit tergantung lebih sakit dari jatuh.







Perkara bijak yang saya boleh cadangkan hanyalah:

 1-perbanyakkan puasa.

2-Berkongsilah perasaan dengan orang yang berautoriti dan mampu memahami awak seperti ibu /ayah. Anda perlu berani bercerita dengan orang tua atau paling kurang ahli keluarga awak untuk menyenangkan proses nikah nanti.

3-kurangkan lah dengar lagu cinta, tengok cerita korea cintan cintun, atau yang membawa awak kearah itu.

4- sibukkan diri. Ini adalah usaha mengisi hati dan masa dengan benda lain yang lebih bermanfaat dan memajukan, daripada diisi dengan bayangan dan ingatan terhadap dia.







Apa pun, hanya awak dan Allah yang faham isi dan perasaan awak serta kemampuan awak sendiri. Jangan buat benda bodoh. Rasional kan pemikiran sebelum membuat keputusan.





Juga kalam dari saya, jangan menilai sedia ketika anda sedang angau dan terlalu suka. Kerana perasaan itu membutakan akal terkadang. Relax dan tenang dahulu pemikiran, kemudian berfikirlah secara rasional, bersediakah anda?




Apapun ini bukan hanya untuk anda. Ianya juga untuk saya. Sekian lah pendapat orang tak seberapa ilmunya ni ha.





Akh sufi kata : berat masalah ni. Berjela jela aku tulis. Hasil pengalaman berniat nikah. Haha.

Membina Masjid tu perkara mulia. Tapi jika batu bata dan simen serta bahan pembinaannya salah tak kene juga.