sahabat ana!!

Monday, May 5, 2014

no title please.

Setelah 4 bulan tak menulis. Baru aku tahu dunia itu bagaimana.



Dulu, masa umur aku masih belum mencapai tahap betul betul matang, yang paling aku impikan adalah dewasa. Yang paling aku dendamkan adalah menjadi matang, mampu melihat dunia dari sudut yang hanya orang dewasa boleh melihatnya, mampu punya suara yang manusia dengar.




Kerana ketika itu, peel tidak matanglah yang menghalang idea liar yang sangat aku dahagakan sekarang terkunci. Tidak diterima, di “boo” Jemaah manusia.



14 tahun kemudian, setelah umur kematangan itu “sampai”, aku  mula sedar. Permintaan menjadi dewasa adalah antara permintaan yang paling tak patut terlintas. Permintaan yang mungkin tuhan tunaikan supaya aku belajar untuk berfikir sebelum meminta.



Atau mungkin sebenarnya aku belum pun matang? Aku tersalah lihat dunia? Hah. Paradox.



Kecil dulu, dunia adalah tempat bermain. Dunia adalah taman indah hadiah dari tuhan. Sebagai lambang kasih dan rahmat. Ini lah tempat kemaafan. tiada dendam. Tiada tengking menengking. Tiada hasad. Tiada kuasa. Dan..
Tiada dosa.



Aku tak tahu mengapa, sama ada dunia berubah dalam 14 tahun, atau aku yang mula tertampar oleh jisim realiti. Tapi itulah yang terjadi.



Dunia tiba tiba menjelma dalam bentuk  dinasour yang tiada belas ihsan. Umpama Rejim yang datang dengan keganasan. Konconya bengis. Umpama aku sudah pun kealam lain, meskipun belum aku cium liang lahad. Agak pelik, kuasa, cinta, senjata, semua yang aku fikir boleh menjadi penghias taman kurniaan tuhan itu, hanya penghancur semata. Dan aku tertelan rasa masinnya dunia.



Hingga dosa yang dulunya sebesar telur burung merpati, membesar ke bentuk kaiju. Aku sendiri sudah tidak 
kenal aku siapa.



Dunia itu terbahagi aku lihat. Bahkan bukan terbahagi, dunia itu menjadi berbilang bilang. Aku mula berjumpa manusia yang menyelam dalam dunia-dunia itu. ke dalam dunia ilmu, yang mana di dalam dunia ilmu itu ada negara negara yang pnduduknya tiada boleh berdamai.



Sama seperti dunia materealistik dan politik. Berkelahi semuanya. Dalam dunia agama pula juga wujud berbagai macam Negara. Negara yang penduduknya sibuk menyarung jubbah tuhan. Ada juga yang leka bermain dalam negara nya sendiri. Yang lain tiada penting katanya.


Namun tahu apa yang buat aku agak kurang selesa dengan semua ini?



Aku tidak dalam mana mana bumi dan Negara. Akhirnya kesedaran timbul bahawa sebenarnya aku berada di atas meja 40 dinar seorang diri dalam bilik kecil ini. Tiada mampu menyelam dan menjadi manusia seperti mereka. yang berjasa sekurang kurangnya.

Atau mungkin benar, aku masih belum matang sebenarnya?

2 comments:

  1. Kau tahu, matangnya seseorang bila dia lebih banyak mendengar daripada berkata-kata dalam certain situasi.

    Matangnya seseorang, bila dia rasa tanggungjawab dan mahu menjalankannya.

    Selamat menjadi matang, kawan.
    Jom join Rindu Rimbun Ramadan, dari Malaysia pun boleh. (Y)

    ReplyDelete
  2. لا تخف ولا تحزن إن الله معنا

    ReplyDelete