sahabat ana!!

Tuesday, January 24, 2012

kawan vs family

Salam alaikum.

Ahad lepas. Satu tarikh keramat buat keluarga encik Dahari. Ada satu ahli baru datang dekat keluarga kami. Kalau tahun lepas yang dating adalah lelaki, kali ini yang dating adalah PEREMPUAN! Yer.. anak saudara saya yang kedua. Lahir dari hasil nikahnya abg kedua saya dengan adik kepada ustazah saya. Owh so sweet!! Haha.. gedik gile aku. Haha..

comel gile ean?!haha

Nama die, aku bagi uzmatul auni. Best kan? Tapi malangnya abg aku x nak name tuh. Haha. Die letak name arissa nur ailis. Hurm. Ok jgak name tuh.. name yg aku cadangkan tuh, sesuai kalo nak letak nama anak aku nanti. Mhaha.. cita2 ku tinggi!

Hurm. Bile teringat kat anak. Nanti aku akan teringat kat mak ayah. Teringat bile ustaz aku kata,

“di akhirzaman, anak2 lebih mementingkan kawan2 dari ibu ayahnya.”

Percaya atau tidak, 80 percent akan salahkan anak2 bile hadis ni didengar.

“Anak2 senang2 je lupekan ibu ayah.” “orang muda sekarang memang hancur akhlaknya!” “berkawan dengan orang2 muda yang rosak, rosaklah die.” “ tinggal mak bapak sebab kawan2. Kenapa lah bing*# sangat” “da x bleh kawal da anak2 muda sekarang”/

Yer.. mungkin perkataan2 mcm nih yang keluar dari otak, lalu terjana saraf2 otak selebrum utk dilafazkan melalui lidah yang mana maklumat ini disampaikan dengan suara2 keras dan menghina sertã menyindir..

Persoalan aku, BENARKAH KAMI 100 peratus SALAH?

Untuk aku pastikan sabda nabi tuh sudah terjadi atau belom, aku cuba tanye kawan2 sekeliling aku. Tahu apa jawabnya? 80 percent orang akan jawab dengan jujur mereka lebih suke kawan2 dari ibu ayah. Pelik? Betulkah anak2 sekarang digambarkan buruk akhlak hanya dengan kata “aku lagi suka kawan2 aku dari mak ayah aku.” Benarkah?

Jawapannya YA!

Tapi bukan 100 peratus salah kami wahai org2 dewasa. Baek, kalau selama ni kami kene dengar cakap anda, kene sentiasa setuju. Sekarang dengar apa kami ckp, kenapa kami makin dekat dengan kawan2, makin jauh dari mak bapak. Nak tau?

“kawan2 aku lagi paham aku!”“aku lagi bebas bercakap dengan kawan2 berbanding mak ayah aku. Cakap aku selalu k ene potong” “ayah aku x selalu ada nak dengar apa yg aku ckp. Kawan2 aku ada selalu!” “ayah aku x banyak sangat ckp dengan aku. Kawan2 aku mesra!” “ayah aku pernah ckp aku mcm x gune. Kawan aku x pernah!” “ mak ayah aku selalu arah2.. x pernah minx tolong baek2.” “mak ayah aku sibok kerje. X de mase nak layan aku. Aku pon x de mase nk ckp dengan diorang.” Most of All “kawan aku pernah ckp kt aku die sayang aku. Mak ayah aku?”

Kami selalu disalah erti. Kenapa? Sebab tida orang yang dengar bile kami beri penjelasan. Kami yg kecik dipaksa dengar. Yg dewasa hanya tahu bercakap! X tahu mendengar! Ibaratnya kami hanya punya telinga. Mereka hanya punya mulut. Kami bisu, mereka pekak!

Jadi masuk akal x, kalo saya ckp hadis itu bukan hanya peringatan buat kami anak2.. tapi utk sesapa yg da dewasa. Ianya utk kita! Kami salah, anda juga salah orang dewasa sekalian. Fikir2lah. Jangan hanya memandang rendah pada kami. Anda x selalu betol.

Tapi ingat kawan2 muda aku sekalian. Kita salah besar. Cukup elok kite besar panjang sekarang. Kenapa? Sebab kasih sayang mak ayah kot. Ibu abah bg kite makan mnum sejak kecik. Kalo diorang x sayang kite, da dibuangnye kita jadi mknn anjing! Diorang sayang tanpa suara. Diorang sayang tanpa perlu dilafazkan!

Qola akh sufi: luka yang x terasa mengalirkan darah yang x berwarna. Bagai jeritan tanpa suara. Well. Krisis family cukup meluas sekarang. Sapa yang salah? Nanti dulu. Itu ke soklan sebenar? Perlu ke carik sapa yg salah sekarang? Carik apa yg salah. Betolkan apa yg salah. saya orang aman, saya bukan org jht. saya benci perang saya rela bersahabat.

captured by :Akh Sufi

No comments:

Post a Comment