sahabat ana!!

Tuesday, May 7, 2013

ini iklan sahaja..


Salam alaikum

     Sejak due menjak tiga menjak kurun kebelakangan ini, televisen2 kat seluruh dunia amnya dan seluruh Malaysia khasnya telah menggiat aktifkan diri mereka dalam bidang iklan mengiklan..  maksudnya semua channel tv sekarang dah banyak iklan la..



  Dan antara iklan yang berpusu-pusu cuba menonjolkan dirinya dekat TV adalah :




IKLAN PENCUCI MUKA
   



   Jika kita teliti dengan minda sedar yang sememangnya belum mereng ini wahai kawan2, iklan2 macam ni kan banyak ditayangkan bersama-sama produk nak kurus, produk rambut, produk nak kecikkan tu, nak besarkan ni, nak whatsoever yang semuanya mereka concludekan dalam satu perkataan.. PRODUK KECANTIKAN..



   (ironi tak? Kita semua bimbangkan kes perkosa, seks bebas, buang anak,keruntuhan akhlak,  tapi dekat 
tv2 dan media2 dicanangnya cara nak tonjolkan kecantikan, bukak aurat.. ahhh eloklaaahh..)



Maka nanti dekat dalam iklan tuh, ditunjuk la gambar org muka hitam or maybe berjerawat, berubah jadi muka licin, jadi putih, dalam masa 3 minggu sahaja! Ceh.. menyampah..



Dan nanti ramai lah yang percaya, perabih duit beli (oley!, rejuice, foolloh you,sapi rania gold) mcm2 lg bende bende macam tuh, dan tertipu la mereka..



Tahukah korang?



Sebenarnya, produk KECANTIKAN tuh sebenarnya TAK MAMPU membuat kita semua cantik pun..



“alah ri.. cakap macam tu pun, kau takde bukti,. Mmg ada makcik2 aku yang dah tua ganyut tu bila pakai produk tuh kulit die jadi lagi lawa.. rozita cik wan, dan ramai lagi dalam iklan2 tuh semua muka lawa2 walaupun leher dah kendur mcm leher lembu kurban..“



Pernah tak tengok cerita MY NAME IS KHAN? Pernah? Rizman Khan dalam cerita tuh (pelakon : shah rukh khan) kerje dia jual produk kecantikan la. Bila perempuan tuh Tanya dekat dia, “lepas guna produk ni, saya akan jadi lawa?” . maka Rizman Khan jawab “ tak.. ianya tak boleh buat awak lawa, ia hanya boleh buat awak kelihatan lebih putih..”




Dan ye! Bende tuh sebenarnya sangat betul..
Habis tuh macam mana kita nak sangkal bile orang cakap dia memang makin cantik bile pakai produk2 tuh?



Mungkin atas dua sebab..



Sebab pertama is, the common thing orang akan cakap.. MEMANG bende tuh BERKESAN!! Walaupun bende tuh x mampu mencantikkan, ianya memutihkan.. dan yg putih tuh adalah yang cantik bak kata mereka..  bende nih boleh disangkal sebenarnya.. cuba bace tulisan merah kat bawah sane.. sebenarnya bende tuh menghakis kulit jer.. tau x?





Baik, sebab kedua is, PSIKOLOGI.. ianya hanyalah permainan iklan, permainan kata2, permainan visual yang kita bace dan tonton kat tv, surat khabar, dan mcm2 lagi..






Bila kita bace, “gerenti berkesan!, menjadikan kulit menawan, mencantikkan kulit,” tambah2 bende2 nih di tuturkan oleh nora Danish, rozita che wan, tasha shila, neelofa, siti saleha, rosmah mansor (ok, tersebut banyak sgt), maka pastinya minda bawah sedar kita terpengaruh. Dah tiap hari tengok.. Walaupun kita tahu, diorang2tuh suma bukan lawa sebab pakai produk2 kecantikan tuh sume. Mungkin lawa dari kecik atau pun semestinya, MAKE UP. 




A lies that been told everyday would be believed forever..
(jew`s conspiracy)





ada orang rase dia lebih lawa bila die lebih putih. Tapi bile berdepan dengan orang2 afrika, most of them 
lebih suka yang hitam manis. Ada orang rase die lebih cantik bila rambut lurus menggerbang, tapi kalo pergi ke Nigeria, most of them suka perempuan rambut kusut.





Ada orang rase, jadi kurus means jadi perfect, tapi berapa ramai perempuan kurus x kawin sampai sekarang berbanding yang agak berisi. Ada orang kata lelaki tinggi lebih hensem dan cool, tapi ada orang lebih berpendapat, orang kurang tinggi mcm saya nih (ehem2), jauh lebih comel.. (perasaan : mari muntah!)

 













Kalau lah BPH haritu ada buat pertandingan channel tv paling berlambak iklannya, aku yakin stesen tv yang akan menang adalah TV ehem2.. haha.. ok, cuba korang sendiri pilih ..





PERTANDINGAN TV PALING SARAT DENGAN IKLAN SAMPAIKAN IKLAN LAGI LAMA DARI CERITA
CALON2NYA IALAH :
1-      Tv3 (pfffttt…)
2-      Astro ria
3-      Tv alhijrah
4-      Takde di atas..




Hairi kate : nak lawa langsung tak salah! Allah kan lawa, dan suka pada yang lawa. Tapi kalau lawa pada yang haram, agak2 lawa tak kat mata Allah? dan, secara harfiahnya, apakah itu iklan?


medium yang menghalalkan penipuan dilakukan.. teeheee..

No comments:

Post a Comment