sahabat ana!!

Thursday, May 23, 2013

end of story


Salam alaikum..

      Tahukah anda, bahawa insan yang menaip huruf2 dekat blog nih telah menghabiskan banyak masa berharga dalam hidupnya dengan merenung kotak?  Anda yang sedang membaca juga tak terlepas dari hakikat yang sedih pedih medih nih..


...Kotak…


    Jika korang suatu hari nanti berpeluang ke Negara jepun, maka silalah anda semua mencari sekor binatang bernama doraemon.setelah berjumpa, maka adalah agak elok sekiranya anda mintak pinjam mesin masa, pergi lah pulang ke tahun sebelum tahun gajah..





Setelah Berjaya melakukan itu semua, anda cuba pulak men soal selidik pak cik makcik, adik kakak, rakan taulan, pemuda pemudi, remaja dan orang tua, yang alim dan yang zalim, serta seluruh rakyat jelata ketika itu. Cara men soal selidiknya mudah aja!




Caranya ialah :
1-      Sila edarkan alat tulis yang selesa (masa tuh belum ada kilometriko.. so x leh la nak menulis beribu ribu perkataan.. yer tak?)
2-      Edarkan kertas berisi soalan2 munasabah..
3-      Antara soalan munasabah adalah adakah pak cikmakcik yang jahil ini tahu apa itu television, laptop, henpon, tablet, and so on?
4-      Jika mereka menjawab tidak tahu, maka ceritakan bahawa itu semua sebahgian daripada kotak. Bentuknya petak seperti kotak. Cuma kotak berbeza saiz, warna,bau dan rasa. (macam najis mukhafafah jer..)
5-      Dan kemudian soalan seterusnya adalah, adakah mereka mampu membayangkan satu umat yang meghabiskan sebahgian besar hidup mereka memerhatikan kotak?



Sesi temuduga selesai! Anda boleh pulang ke masa kini. Bawa sekali alat tulis yg dipinjamkan kepada pak makcik kat zaman tadi uh sekali dengan boring soal selidik sekali. Kemudian anda hendaklah mengira peratusan dan jawapan dalam borang itu. Dan memudian…



OPPPSSS.. TERBLACK OUT SUDA..




Hahaha/… ok2.. atas tuh dengan segala hormatnya tak payah baca pun tak pe.. aku sehari dua nih menghabiskan banyak masa menonton movie (adaorang tuh, sepanjang2 cuti tgk movie..) juga masa terhabis dengan membaca novel2 yang aku beli masa pesta buku dulu (bukan mat jiwang, tapi ulat buku ok?)





Kebiasaan cerita2 yang aku tonton dan aku baca, mempunyai carta alir yang sama..




Mulanya cerita bermula rendah.. kemudian plot cerita makin menarik.. maka carta makin tinggi.. dan seeelalunya, apa yang aku tak puas hati adalah, ENDINGnya..



Aku tak pernah puas dalam pengakhiran sesuatu cerita kecuali beberapa cerita lah.. melihat bagaimana cerita harry potter diakhiri, melihat bagaimana drma2 melayu diakhiri. Argh! Aku tak puas! Itu je akhirnya? Dan terkadang hampir2 saja aku menendang tv tuh kebelakang biar patah dua.. dapat juga aku amik sebelah bwk masuk bilik..




Bukan lah aku disini ingin mengkritik movie2, drama2 melayu yang laku naga kat tv uh, apatah lagi drama Indonesia yang kualitinya serendah kutu ayam tu. 


Tapi melihat kepada kebanyakan ending of some stories membuatkan aku terfikir.. bagaimana akhirnya aku nih?




   Bagaimana akhirnya kasih sayang ibu abah dekat seorang sufi nih? Bagaimana akhirnya semangat juang aku menuntut ilmu2 ALLAH nih? Bagaiman akhirnya rasa cinta seorang sufi nih pada seorang “dia”yang nampaknya awal2 menolak lelaki tidak soleh nih? (ini jgn amik serius yer? Haha) bagaimana akhirnya hidup
kita dimuka bumi ALLAH nih?




Husnul khatimah ker, atau… naudzubillah!





Bagaimana lemahnya seni seorang manusia, jika dibandingkan dengan seninya ALLAH itu, sehingga akhirnya aku akur.. aturan, serta akhir sesuatu cerita hidup itu ditangan pengarah besarnya.. ALLAH! Bagaimana kita lakonkan watak ini.. antagoniskah kita? Protagoniskah kita?





Unik kan? Dalam dunia lakonan, watak yang kita bawa, semuanya ditentukan pengarah.. tapi, dalam lakonan hidup ini, ALLAH sudah menyediakan pentas, kitalah yang memilih watak! Antagonis, atau pratogonis.. Dan dengan memilih watak, kemungkinan besar untuk mati dalam watak yang sama adalah tinggi!
Tapi jangan lupa, berakhir hidup di dunia, pindah lah kita ke fasa yang satu lagi.. sudah bersedia?



Akh sufi kate :  apa2 pun, hidup di sam bbst sudah berakhir.. berubah ke fasa baru.. harap2 ke jalan yang lurus serta benar la yer?

No comments:

Post a Comment