Salam alaikum..
Sama ada semua orang
tahu, atau seorang pun tak tahu, tapi hakikatnya, aku telah pun secara tidak
rasminya keluar dari sekolah salak tinggi tu. Destinasi seterusnya?
Allahu a`lam..
Masih dengan pilihan. Doakan ye aku akan dapat tempat yang dapat baiki diri
dosa ni, kearah soleh serta musleh..(tinggi tak harapan? Tengok orang la..
mhaha)
Maka, sekeluarnya
aku dari sekolah tu, masuk lah beberapa number ajnabi ke dalam henset t310 cap
sauh nih ha..
mcm nih la.. tapi warna itam..
Dengan setiba-tiba
“ abang ha***! Betul ke nak pergi
j*****? Betul dah keluar sekolah salak? betul?!”
maka Muka suci ala-ala aidil
zakwan meng”qada` hajat” aku nih, berkerut seribu hatiku..eh?
Sape la pula dengan setiba tiba
melahirkan soalan cepumas tanpa salam serta identity card terlebih dahulu nih?
Maka jari-jemari runcing bak
buluh lemang nih pun menekan nekan
button henset yang sikit lagi nak tanggal..
“yer.. betulla tuh.. semua yang
anda dengar betul belaka dan tidak ada yang betul melainkan yang betul-betul
belaka.. kenapa? Siapakah gerangan tuan hamba yang berani mencemar duli mem
“mesej” diri ini?”
Maka dijawab lah bahawa dia
adalah seorang pelajar junior yang seriousy aku tak kenal empunya diri. Hanya ku tahu jantina
nya.
Perempuan
Dia pun bertanya lah serba sikit,
yang akhirnya aku pun jawab serbe sikit jugak la..
Sehingga Sampai satu soalan yang
mana soalan ini memerlukan aku menepis ego, serta menempeleng rase riak. Juga
terpakse ku gigit gigit rase bangge dalam hati ni boh! Kalau tak agak2 ke
langit aku malam tuh..
Sebelum aku kemukakan soalan
budak nye, elok jugak anda2 yang sedang
tak puas hati dengan saya, atau rase dengki sedang menebal dalam hati sesuci
embun pagi tuh, atau anda2 yang tak berminat kepada pujian kepada makhluk melainkan
hanya untuk Allah (subhanallahh!! Haha) untuk menutup mata anda dan pergi tidur
sebelum menyambung bacaan. Ya?!
Baik, soalannya yang penuh
panjang lebar dan daring adalah..
“ abang ha***ada plan nak nikah
kat sana? Ke dah ada orang kat sini? Hurm.. saya nak cakap satu ni, tapi jangan
terkejut ya? Saya harap sangat kalau abang bole ambil saya jadi isteri. Saya
bukan cakap sekarang, mungkin 5 ke 7 tahun lagi. Kita ikat janji. Saya dah
cakap dengan ibu. Dia setuju. Dia memang kenal kat abang..”
Dan ketika itu juga cengkerik
menyanyikan lagu najwa latif kat situ.. berpanjangan..
krikit krikit,krikit serta krikit
lagi.. dan lagi..
satu rasa melonjak dalam dada.
Metabolisma badan meningkat mendadak macam kadar gempa bumi tsunami kat aceh.
Terasa terpetik bintang, tergapai bulan..
*hiperbola tahap naruto ekor
Sembilan*
ya Allah! Beraninya budak nih!
Aku baru nak terpikir esok nak buat apa, dia dah fikir 7 tahun lagi punya perancangan!
Main main ke dia?
Maka aku terdiam, terduduk.. apa
nak dijawab ni? Terima, atau tolak? Haih..
meremang bulu2 badan ni! Seram sejuk bagai di beri salam oleh hantu kak limah
gayanya..
Maka akhirnya setelah berfikir
seorang diri, menyusun ayat, memperkemas emosi.. maka aku memberi jawapan…
jawapannya ialah….
Rahsia!!
Hahah..
Cukup lah diketahui bahawa aku
sudah memberi jawapan kepada persoalan itu.. terima atau tidak, tak jadi
masalah sekarang..some things are better to be unknown..
Baiklah, perhatian kepada sesiapa yang tercetus dihati untuk melakukan
perkara yang sama kapada boipren dia, saya ada beberapa nasihat untuk anda..
Pertama, percayalah, saya belum layak bergelar suami.. (cheeeewah
ayat!!) saya mempunyai 1001 sikap yang haram sepatutnya keatas mana mana suami
memilikinya.. bahkan dalam erti kata lain, anda masih belum mengenal secara qat`ie
siapa insan disebalik akh sufi ni!
Dan kalau bukan saya pun orangnya,
dalam umur kita yang sebegini, saya meragui tahap kebolehan kita berfikir dalam
menentukan pasangan hidup. Tahap kebolehan kita dalam melakukan tugas seberat
ibu dan bapa. Bahkan tugasan sesukar menjadi suami soleh, atau isteri solehah.
Kata kata seorang atuk yang sudah
di alam roh ketika ini pernah mengisi tempurung otak aku ni dengan mengatakan,
kebiasaannya lelaki itu ditagih menjadi teman hidup ats bebrapa perkara.
Sila saya senaraikan, dan silalah
anda membaca nya.. berfikir secara rasional, dan buat keputusan..
Perkara yang patut ada pada
suami..
1- Sempurna
sifat luarnya. In our case, muka macam baby face, tinggi macam tiang bendera
sekolah aku tuh, dada bidang, hidung mancung boleh membunuh, mata biru air
laut, kulit putih gila macam kertas kajang, dan etc.
Berapa ribu kali
kita baca, dengar, sebut.. bahawa sebenarnya rupa tu bukan segalanya.
Cantik tak kekal
lama, dan sebagainya. Walakin, fil hakikah.. factor ini juga lah yang most of
us cari. Jangan terkejut kalau muka malaikat sebelum nikah, akan bertukar lebih
huduh dari iblis lepas kita kenal dia yang sebenar benarnya lepas nikah. Nikah
tu bukan bende yang baik je ada.
Dan unfortunately
aku bukanlah yang terbaik dalam bidang sempurna sifat luarnya ini.. haih..
2- Tinggi
tanggungjawab serta kematangan dalam qalbinya. Fi hazal hiwar, berfikir secara
matang, tahu serius, dan etc.
Ini sebenarnya antara yang terpentingan.
Orang yang awak pilih ini hari, bakal menjadi ibu atau ayah kepada anak2 anda.
Dia lah yang paling tidak akan menentukan didikan syurga kah yang diberi, atau
didikan ke nerakakah yang disalurkan. Matang membuat keputusan demi kebaikan
mereka, dan sebagainya.
And again, this value is the
lowest value in my “value level” yang aku ada.. haha.. tak percaya Tanya kawan
kawan saya!
3- Timbunan
hartanya, senang masukan pendapatannya, mewah segala benda. (materealistik!!)
Some will think, "ceh! Kawin sebab
harta! Ini dah sah mata duitan.. aku nak kawin dengan dia, bukan dengan duit
dia!"
To me, it`s not fair kita menghukum orang yang melihat pendapatan dan
harta sebelum nikah tu sebagai materealistik. Kenapa?
Sebelum nikah, cinta menjadi main
point. Cinta menutup segala buruk dan busuk yang si dia ada. Dia miskin pun
menjadi kaya kat hati. Tapi, selepas nikah, kita akan ada anak2. Kita aka nada
rumah. Kita aka nada bermacam komitmen yang memerlukan duit. So , la budda (x
boleh tidak) kita mesti menghadapai reality bahawa duit tu perlu!
So x boleh nikah la dengan orang2
miskin?
Wo!! Tak2.. kalo macam tuh aku
pun x boleh nikah.*merenyam!* Apa yang
saya cuba sampaikan, perlunya kepada persedian dari segi eknomi. Perancangan
yang rapi dansebagainya untuk ekonomi keluarga kita nanti. Penting!
4-Tinggi letak islam di hati dia.
Percayalah, saya bukan orangnya. Ingat aku nak pergi capital J tu sebab
aku pandai agama? Sebab aku tak pandai la aku nak pi sana.. tau? Dan awak, saya
tak sedia nak didik anak2 kita solat, puasa, akhlak, dan sebagainya.. ecewah
aku! Haha..
Mungkin, di sebabkan aku tiada
karakteristik seperti diatas, aku di “tolak” oleh “ si dia”, sebelum sempat aku
meluah rasa.. mungkin.. bukan salah dia..
Bukankah keluarga dibina untuk
menghasilkan ummah.. jadi keluarga cemerlang, insya allah ummah ini turut sama
tunduk cemerlang.. kalau begitu, sudah cukup ke persediaan kita membina ummah
gemilang kalau segalanya masih mentah? Kan? Kan?
Maybe ade yang kate,
“untong ah! Ade orang melamar
dia.. “
Ceh.. takde makna nya.. hakikatnya
aku takut! Aku masih berlingkungan kanak-kanak ketika aku baru tersedar aku dah
nak masuk alam dewasa.. alam hidup sendirian.. alam berdikari.. alam buat
kerja.. dan alam nikah.. ehem ehem..
Dan,tahukah anda. Hakikatnya aku
kagum kat budak perempuan ni. Dia tau apa yang dia nak. Dia berani menyatakannya
pada aku.. padahal aku sikit pun tak berani nak bagitahu dekat “si dia”..tau?
dan, this girl tak lupa kan kat mak ayah dia.. sangat berani!
Dan2… tahukah korang, tak salah bagi seorang perempuan, melamar seorang
lelaki.. dengan cara yang betul..jangan dengar cakap orang tua-tua, “hai lah perigi..
mencari timba ya kau?”.. open lah mind tuh!
Bagi anda2 yang sudah punya pacar
diluar sana, dan sama umur dengan saya.. lantas berasa safe, hebat, normal
(asal? Takde couple tak normal ke?),
suhwit, ohsam, hensem, masyem, lawa naga, cute gyiwomi… bahkan memanggil pacar
anda itu isteri, hubby, baby, papa, mama, dan sebagainya..
Anda belum lagi selamat.. itu
belum tentu jodoh anda. Anda pun masih belum siap menghadap Allah. Diri sendiri
tak terjaga, anak orang? Bahkan hakikat yang lebih sedih pedih medih bagai hati
dipotong pisau dapur lantas di perah limau kasturi adalah,
SOLAT SENDIRI TAK TERJAGA, NAK
JAGA ANAK ORANG?
Bersediakah kita mengajar isteri
tercinta solat dengan betul, mengaji alquran dengan betul, cara mandi junub,
wudhu`, zakat, haji, puasa, taat suami, ilmu agama, fiqh, tasawuf, usul, dan
sebagainya..
Bersediakah mengajar anak
pentingnya ummah, solat berjemaah, ibadah, syariah, kata2 sopan dan mulia?
Fikir fikirkan..
Terakhir sekali.. harap maklum..
bukanlah aku menulis untuk berbangga atas lamaran (itu namanya lamaran ye?)..
ianya ujian! Bukan juga aku menulis untuk memalukan sesapa.. lagipun, aku tak
menyebut nama.. just berkongsi apa yang perlu korang cari dalam lelaki untuk
dijadikan suami..
Akh sufi said : di nikahi
seseorang itu ats 4 perkara.. maka pilih lah kerana agamanya.. nescaya kamu
akan bahagia.. mari sama2 kita bak kata hilal asyraf, “berusaha ke arah mampu!”
kita sedang membina ummah..
*mesti akak aku cakap : "asyik2 citer nikah, cinta. lain x de ke?
ps: *aku sebenarnya segan nak post bende alah ni.. tapi dah lama x bergerak blog ni, idea pun takde sangat.. so, this is it..
mumtaz !
ReplyDeletejom nikah~ ahah :D
ReplyDeletedia ajak nikah macam ajak makan ayam penyet tepi rumah.. haha
ReplyDelete