sahabat ana!!

Sunday, July 28, 2013

zulqarnain dan ramdhan. (ade kene mngene?)

Salam alaikum.


    Bulan ramadhan sudah semakin mem “bye2”. Supluh malam terakhir sudah meng “hi2!”. Ramdhan sudah tinggal suku. Bulan di langit sudah hampir terlindung seluruhnya. Mercun mercun makin rancak. Pelita pelita sudah tercacak.




    Tapi ironinya, Masjid surau yang di awal ramadhan dulu menjadi “sempit”, sekarang sudah “kembali luas”. Kejaiban ramadhan?


Tak la. Keajaiban kemalasan manusia.




   Imam makki(imam surau saya)  pernah cerita satu kisah. Tak tahu ianya betul tidak. Tapi boleh kita sedut pakai straw pengajarannya.



    Dulu, ketika iskandar zulqarnain masih hidup, pernah dia dan tentera tenteranya berjalan. Mereka akhirnya sampai ke sebuah terowong panjang. Panjang dan tidak ada cahaya didalam.




   Di depan pintu terowong, wujud seorang pakcik tua duduk memegang tongkat. Setelah berbalas salam, pak cik tua tu pun beritahu yang didalam terowong tu, penuh dengan batu permata. Berblink blink blink gitu..

agak2 ade cenggini?


   Maka masuklah iskandar zulqarnain dan tenteranya ke dalam terowong itu. Awalnya, tiada siapa percaya. Tambahan pula gelap dan tiada apa yang dapat dilihat. Sampai akhirnya tak lama berjalan, mereka terpijak banyak batu batu.




Terpecah lah tentera zulqarnain menjadi tiga. Pecahan pertama mengutip batu batu itu dengan banyak, bukak baju jadikan bekas. Pecahan kedua juga mengutip sama. Dan pecahan ketiga hanya membuat jahil *terjemahan:buat bodoh la* .



Bezanya, pecahan kedua selepas lama berjalan, mula merasa penat. Dan akhirnya melepas kan batu batu itu.

Akhirnya mereka terlihat cahaya, menandakan penghujung terowong sudah tiba! Maka mereka ber segera keluar.



Terserlah lah emas permata yang berblink blink blink tu. Menyesal lah semua tentera. Minta kembali ke dalam gua, tapi tidak zulqarnain benarkan.



Apa? Orang tak salah tulis la. Memang semuanya menyesal.






Kumpulan ketiga menyesal sebab memang la. Dah tak amik apa langsung. Frust menonggeng

Kumpulan kedua pun agak sakit la jiwa raga. Dah amik, separuh jalan pergi lepas. Rugi rugi.

Dan kumpulan pertama tadi juga menyesal. Menyesal kerana hanya menggunakan baju mereka untuk amik permata. Mereka tak terfikir nak pinjam baju kawan lain supaya dapat bawak lebih banyak permata.



Macam tu la kita. Kita belum Nampak pahala tu macam mana. Ya tak? Ada yang percaya. Ada yang sekejap percaya, lepas tu penat. Ada yang habuk pun tak nak percaya!



Sebab kita tak Nampak.



Tapi yang pasti, esok kita lepas mati, kita akan sangat menyesal! Walau apa pun kita buat.



Yang jahat, sah sah? Alhamdulillah.. eh? Sah sah la menyesal. Yang baik, tapi akhirnya ngokngek pun menyesal. Yang baik  pun akan menyesal, sebab tak jadi lagi baik.

  Macam yang pernah aku dengar,

Saat yang paling menyeksa kan bagi roh seorang mayat adalah ketika dia baru hendak diuruskan. Dia melihat orang disekeliling membaca al quran dan zikir. Dia menangis sebab dah tak dapat lagi berzikir dan buat pahala.



Jadi, jadikanlah sepuluh malam terakhir ni penghujung terowong. Kutiplah sebanyak mungkin permata dan emas tu. Agar esok, walaupun kita menyesal, kita tak termasuk golongan yang tak kutip apa apa. Atau kutip tapi pergi lepas kan. Kan?

Sibuk baju raya, kuih raya, pelita dan whatsoever raya. Sampai lupa pada si Dia? Jangan brother.. relax.. eh?


Akh sufi said : amal memang bukan penyebab kita ke syurga. tapi mentaati Allah antara faktor rahmatnya melimpah kat kita. dah tu haper lagi?







1 comment: