sahabat ana!!

Monday, August 12, 2013

capital T

Salam alaikum.


   Kita sedang cuba menghabiskan juz amma! #mukaexcitedmacamkanakkanakribena#




 Nak dihafal lah kunun. Almaklum, agak lambat lah aku ni berbanding kawan kawan hafiz aku yang lain. tapi, bak kata nabi.





“jika esok matahari terbit dari barat, dan benih ada ditangan mu, tanamlah. Jangan berputus asa.”
Maka, tiada istilah terlambat selagi belum mati. Tiada alasan untuk tidak bermula. Dan tiadalah adam tanpa hawa. Eh?   *kesan dari entry lepas, terbawa kemari*





Dalam perjalanan hafalan tu, aku sampai ke satu ayat. Ayat yang dalam menusuk hati. ayat yang pastinya bukan datang dari manusia, tapi ianya datang dari tuhan yang maha kuasa! Dalam bahasa melayu nya berbunyi,




“wahai sekalian manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju tuhanmu. Maka kamu akan menemuiNya.”
Surah al insyiqa`. (84:6)




Kalau buka dalam quran tafsir, akan ada quote kecil dekat akhir ayat tuh. Penerangan dibawahnya tertulis,





 “manusia didunia ini baik sedar ataupun tidak, adalah dalam perjalanan kepada tuhannya.dan pastinya dia akan menemu tuhannyauntuk menerima pembalasan-Nya atas segala perbuatannya.”





#termenungkeluarjendela.melihatkebesarannya..# eh?

asal pulak ada si dia nih? haha





Apa maksud nya? *back to the topic*




Senang cerita, nak atau tidak, walau apa pun kita buat, kita setiap hari makin mendekati tuhan. Atau nak faham lagi, kita mendekati MATI!





Ya betul! Dalam kegembiraan kita menyambut hari lahir, meniup lilin kek, meletup letupkan belon dekat telinga akak kita, menyanyi selamat hari jadik, menyakat adik perempuan kita sampai menangis tahap supersaiya, serta menggigit telinga kawan kita, *inilahkejahilanmasakecikdulu* kita semua menapak satu hari menuju ke satu arah.





    Tidak kira kita sedar atau tidak, tua atau masih bergetah, sudah dilamar atau tidak #ehem..#, masa semakin memakan usia kita. Jadi adalah lebih baik untuk kita  sedar!




Wake up people! We are going to die!




  Allah dalam ayat tu, tak guna perkataan “hai orang-orang islam”, atau “hai orang-orang mukmin!”.  




Tapi Allah guna INSAN! Tak percaya? Tengok balik terjemahan ayat tu dekat atas.. Umum kan?











  Maksudnya tidak kira siapa anda dan apa akidah anda, Muhammad abduh, lim tat, karam singh walaweh, lu tong malam, mark schewernerger (cara sebut : mak, susah nak eje.), Akhir asyak wasangka, marker zuc ke berg?, dan sebagainyalah nama anda, pastinya akan mati! #termasukandaAKHSUFI!#




Dan kita juga, sekali lagi saya ulang tulis,  “akan bertemu tuhan”.




 Ok, haiya kita mensuper fokus ayat ini. “..kamu akan menemui-Nya!”.




  Mari kita aktifkan sistem penghadaman minda. Sedarkah kita, kita akan bertemu dengan dia yang maha agung?! Yang tiadalah yang lebih mulia, tiada yang lebih layak serta wajib dicintai, melain kan Dia!





       Maka atas kepercayaan ini, ramai orang-orang beriman mula mengumpul amal. Mula berbuat baik. Mula melakukan segalanya galanya yang boleh membuat mereka nanti dihadapan Allah, menjadi golongan yang Dia sayang.




     Ya! Ini penting. Kita wajib mengumpul amal, mengusaha bekal, untuk kita pamer kan dihadapan tuhan. Ini saya tidak nafikan.








   Tapi ada satu yang kita mungkin terlepas pandang.

Kenalkah kita siapa ALLAH?





  Dalam pada kita mngumpul amal, mencari kasih, serta mempersembah hadiah buat Dia, kenalkah kita siapa Dia? Kita kenal ke siapa yang kita sembah? Kenal?





Maka ini membawa kita kearah satu lagi konklusi. WAJIB kita belajar mengenal tuhan. TAUHID..





  Some of my friends ada yang bertanya,
“hei,Allah kenal kitakan? Dia tahu niat kita. Bila kita buat amal, dan niat untuk Allah, itu dah cukup. Perlu ke belajar?”




Mari saya ceritakan satu cerita yang ustazah halimah (ustazah sekolah rendah darjah 3 saya) ceritakan.





Ehem ehem.. #betulkantekak#


Pada satu zaman dahulu, ada satu kerajaan yang di perintah oleh sultan yang comel lagi adil. Sultan sufi ibni sultan thaqafi. Hari ulang tahun sultan ni hampir tiba, maka heboh lah berita ini dikalangan rakyat.




  Jadi disebabkan mereka sangat sayangkan sultan, maka rakyat jelata pun bersiap siap lah menyediakan hadiah untuk di beri pada raja.




Sampai lah berita ini pada seorang lelaki, kuyup bin karok. Kuyup belum pernah bertemu sultan. Dan pastinya dia tak mengenal sultan. Namun hasratnya untuk memberi hadiah tetap juga dia teruskan.


   Maka dia yang bekerja sebagai penggali emas, mula mencari cari emas untuk raja. Segala jenis emas yang dijumpai dia bungkuskan, emas putih, emas asli, termasuklah mas cotek #haha,lawaklatu?#..




   Sampai hari yang dinanti, kuyup bergerak menuju istana. Sesampainya di istana, dia melihat ada seorang lelaki sangat segak.






Dada bidang, berpakaian kemas, kacak macam saya *uhuk!!*, sedang berdiri di luar istana.



Sultan!





 Maka berlari la kuyup menuju lelaki itu. Diberi hadiah. Lelaki dihadapan istana yang sangat segak tampan serta bergaya itu agak kekok sedikit menerima hadiah tersebut. Cuba menolak tetapi kuyup tetap memberi. Kemudian pulanglah dia kerumahnya dengan senang hati.

Tamat! #tanganduaduabuatpeace!#





  Cerita macam bahagia je kan? Tiada konflik, tiada tangisan macam cerita boys over flower tu,  tiada bunuh bunuh macam cerita SAW. Tiada yang dizalimi macam cerita NADA CINTA. Happy je plot cerita.




 Tapi tanpa si kuyup tu tahu, dia beri hadiah pada orang yang salah. Itu bukan sultan. Itu pengawal istana!




Betapa pentingnya mengenal tuhan. Takut takut amalan kita tertuju pada selain dia! Rugi deyh…



Akh sufi kata : awaluddin, ma`rifatullah! Pertama dalam agama, mengenal Allah! First thing in deen, recognise Allah!


maap ye.. post yang saje nak bg motivasi belajar kat diri sendiri.. buat yang amik usuluddin.. hee... Tauhid..

No comments:

Post a Comment