Salam alaikum.
hari tu, ada request dari seorang “guest” dari shoutbox sebelah
kanan laman nih.. selepas post “lamaran orang dewasa” yang saya post tu , ( yg lamar lamar
bagai) maka keluar lah soalan dari beliau..
Guest: berkaitan dengan post yg kau postkan ni.. boleh tak
ko trgkan pasal nikah khitbah.. ape bende uh dan ape rasionalnyer?? trimas..
Walaupun penghantar soalan ni masih lagi misteri nusantara
gitu, tapi soalan beliau ni tak boleh kita pandang sebelah mata. Sebabnya yang
gatal gatal nak pandang sebelah mata tu kenapa? Allah dah bagi dua. Ilang mata
sebelah tu kang!
Pertamanya, saya
hanya mampu memberitahu setakat yang saya tahu dan saya belajar. Kalau lah
tiba-tiba masuk orang bijak pandai, alim ulama`, faqih fuqaha`, wali awliya`,
and whosoever yang arif pasal tajuk ni, sila betulkan pemahaman songsang saya
ni. Hui. Macam bahaya pula.
Baik, nikah khitbah ni kan, adalah nikah yang dilakukan
macam nikah biasa. Cumanya, pengantin yang kiut miut serta tampan tahap abah ni
tidak lah duduk sebumbung. Tak duduk sama-sama dalam tempoh yang “hubby”(suami)
dan “baby”(isteri) dah setuju. Erk..
jap.. bluerk..! muntah aku bace.
Bila kita cakap nikah macam biasa, maka perlu la ada SISWA
masa nikah. Apa SISWA?
1-
S : suami
2-
I : isteri
3-
S : saksi
4-
W : wali
5-
A : akad
Sama je! Cuma bezenya.
Lepas nikah tu, korang (yangteringin la nak buat) tak la duduk sebumbung macam
papa dengan mama kat rumah tu. Yang x boleh rengang tu. Haha.. duduk lain2.
Biasanya, factor berlaku
nikah khitbah ni adalah, pertamanya adalah pasangan sweet married ni masih lagi
belajar. Tak mampu ada rumah atau tak mampu nak menyewa, (tapi nak jugok
menikah..). atau duduk berjauhan atas factor kerje atau belajar. Atau pun
memang nak cop anak orang tu, tapi belum bersedia nak berkomitmen lagi. (pun
still nak nikah)
Hurm! Sekali lagi, sama macam nikah biasa.. tak duduk sebumbung
ja..
Apa rasionaliti dan
kelebihannya?
Selepas nikah
khitbah ni, awak nak buat apa pun dengan si ehem2 awak tu halal! Janji yang
halal dibuat dengan pasangan la. Awak nak dating, tengok wayang, pergi keluar
tepi tasik, pergi pantai sama sama main kejar kejar, masak kan untuk dia, main
suap suap, main kenyit kenyit mata, nak
puji dia lawa or hensem terlebih, atau sampai ke “situ” pun tidak mengapa. Dia dah
jadi laki or isteri awak! Buat le ape suka.. (eh.. senyum pulak!)
Dapatlah kita elakkan zina, buang anak. Sebab kalo kita
dapat pun anak, bukan anak haram.. anak korang berdua la!
Tapi! Ha.. ada
tapi.. sabar kejap..
Perkahwinan bukan semaata sweet. Perkahwinan itu adalah apa
yang dimulakan dengan cinta dan diakhiri dengan tanggungjawab. Maka ada jugak
tanggungjawab. Almaklum , dah jadi laki/bini orang kan?
Baik! Jadi nafkah macam mana?
Disebabkan tempoh
tidak duduk sebumbung tu dipersetujui oleh pihak adam dan hawa, maka soal
nafkah batin seperti hubungan kelamin tidak timbul. Cumanya, berkaitan dengan
nafkah zahir seperti pakaian, tempat tinggal, dan makanan macam mana?
Ada dua pendapat ea
kat sini.
1-Pendapat pertama, mazhab zahiri mengatakan lepas je kita
akad nikah, maka wajib lah nafkah tu.
2-Pendapat kedua, jumhur ulama` kata, kalau si isteri kite yang kite luv2 tu mula
memenuhi syarat syarat tertentu macam contoh menyerah diri (pindah umah suami
la), istimta` (SMA form 4, bersedap sedap) , jima` (x paham jugak?) , dan
isteri tidak keluar dari rumah tanpa kebenaran suami, maka barulah wajib kita
bagi nafkah zahir,
So, kesimpulannya, kalau awak belum sampai tahap hidup macam
keluarga, kalau awak keluar makan dengan dia, tidak lah haram. Kerana sekali
lagi #sebenarnyadiaisteriawak# eah? Haha..
Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.
Tapi ingat! Nikah khitbah ini walau Nampak senang, ianya
masih bende serius. Selepas berlaku kehidupan mcm suami isteri, (seperti jima`,
duduk serumah, dan sebagainya) maka suami tak boleh dok goyang kaki main psp
kat rumah. Die mesti mencari rezeki untuk nafkah. Isteri juga tidak boleh lagi
bersenang lenang bangun pukul 10 pagi. Tanggungjawab sudah bermula.
Isteri tidak boleh
nak tetibe menikah pulak dengan orang lain. meskipun x duduk sebumbung dengan
laki awak, awak masih isteri orang! Dan suami, jangan menyakiti isteri. Bagi segala
nya supaya cukup.
Dan juga ingat kepada yang nak mencuba! Tolong beritahu
keluarga.. agar bila semua setuju perjalanan nikah menjadi lebih lancar. Jangan
main suka same2 awak je. Keluarga tu penting! Hormati wali!
Yer, ada yang kata “kalau seorang lelaki mencintai sorang
ghadis, dan ghadis itu membals cintanya, maka itu sudah dikira bertunang”. tapi
bertunang tidak menghalalkan apa2. Bahkan cara ini seperti tidak menghormati wali.
Nikah lah secara elok, dapat redha, so hidup berkeluarga juga dalam redha. X gitu?
Akh sufi : tolong jangan kata saya dah kemaruk nak bernikah
ya? Saya hanya menjawab soalan. Sekian terima
kasih,,
Suka la ayat "sampai ke situ"... Hahaha...
ReplyDeleteTapi, kalau dah kemaruk nak bernikah, apa salahnya. Nikah Khitbah je lah... hehehe...