As salam alaikum.
Tahukah anda?!
Saya sebenarnya baru pulang “beraya” dari kem bina Negara,
dekat tanjung rhu. Yang kalau “usha” dekat dalam peta, tempat letaknya benda
alah bernama tanjung rhu ni adalah sebelah yo dengan pantai bagan lalang. Tak
la jauh mana.
Nak bagi korang
tahu juga, kami ke sana tu sebab ada BTN. Kita kita yang nak gi luar negara
“emangnya” kene pegi lah. Lagi lagi yang
bawah tajaan. Maka, ke sana lah aku menetap lima hari.
Sesetengah orang,
(bila saya cakap nak pergi BTN tu) akan menyampaikan pesan serta peringatan
yang kurang lebih gini lah bunyi nya..
“elok2 jang.. jangan dengar sangat bondo tu.. bukan betoi
sangat.”
“abih la.. jadi orang berbaris la kau lepas ni.”
“kalau dengar ceramah biru, ingat ingat la diri ye. Kini ni
hijau.”
Dan sebagainya la..
Ini semua sebenarnya, ibarat menghantar aku ke BTN tu dengan
aura “kurang positif”. Cakra dalam badan tercerna untuk bersedia menutup minda.
Tak nak dengar! Tak nak terima! Tipu! Semuanya dusta.. kelak
mengaburi ku!!! Eh?
Hurm.. bersama lah sahabat sahabat aku yang kebanyakan nya
lebih suka “berpakat” daripada “berbaris”. #korangfahamketakni?
Tapi, sebenarnya aku punya pendirian yang agak berbeza
sedikit.
Ya, aku tahu.. aku akan terhidang dengan maklumat yang pro
“pembaris” dekat btn. Kami semua tahu, orang2 yang datang semuanya suka
“berbaris”. Bak kata sahabat aku, farhan, “tengok songkok la!”. juga ditambah kawan aku sorang lagi.. "BTN tuh, kene buang T sebenarnya.."..
Tapi aku juga tahu, semenjak aku mencapai akhil baligh,
dunia ini adalah tempat orang-orang menyampaikan maklumat. Ada bermacam macam
sumber. Di semua peringkat umur.
Jadi, kerja kita
bukan memilih satu sumber penyampai maklumat sehingga menyekat sumber sumber
lain masuk. Bukan..
Bagi aku, kerja kita adalah menerima maklumat, dan kemudian
tapis.. tak kira datang dari pihak mana pun..
Anda anda yang muslim, korang benci orang putih yang serang
sedara-sedara islam kita tak? Benci kan?
Tapi bila diorang
ada maklumat sahih tentang sains, matematik, sebagainya, kita tutup telinga ke?
Pastinya tidak! Kita ambil isi positifnya.
Kita tapis apa-apa yang pada kita tak betul.. contohnya
darwinsime, dan sebagainya..
Macam tu juga bila berhadapan musuh.. bukan semua yang
mereka buat dan cakap tu buruk dan salah.. apatah lagi, musuh kita tu satu bangsa, satu
agama.. #korangfahamketakni?
nah amik la ni..penapis..
Aku lebih suka
belajar mendengar, menapis dan mencerna maklumat dari kedua dua pihak, instead
of mendengar dari satu pihak, then terus tak nak dengar cerita satu pihak
lagi.. itu tak adil.. kita juga yang cakap nak sangat “ADIL”..
#korangfahamketakni?
Jadi jangan jadi
orang yang terus menghukum. jangan jadi orang yang bertelinga sebelah. dan jangan jadi terlalu taksub dengan apa yang wak dengar dari kumpulan awak! #korangfahamketakni?
Kadang2 ye betul, berita tv3 tu ada yang menipu. ok, mungkin banyak. Tapi bukan
semua. Ada yang boleh kite pakai.Dan Alhamdulillah kita ada sumber
alternative.. internet. juga berita dari "orang2 yang berpakat" tu Tapi bukan semua dalam internet tu betul! #korangfahamketakni?
Bila berita tu
macam menyokong dan menguatkan “orang orang kita”, terus kita setuju. Tapi bila
berita datang mengkritik dan menyerang “orang orang kita” terus kita tolak..
kalau macam ni lah kan, hidup lah dalam angan2 dan fantasi! Bahawa anda dan
group anda suci! Dan orang lain salah serta tak layak hidup dimuka bumi!
#eh,emopulakkau!
saya bukan nak cakap, undilah sekian kumpulan! ataupun, tinggalkan kumpulan anda.. tidak...
Apa yang ingin saya sampaikan ke dalam minda sedar anda yang
bijak pandai membaca ni, adalah selidik berita! Ini bukan kita yang suruh ea?
Allah yang suruh! Dan, cuba2 lah neutral dalam mengambil nas. Jangan tersekat
pada sebelah pihak. Anda akan terkurung macam katak bawah katil aku nih!
Pernah saya terbaca, antara syarat melahirkan masyarakat
bijak adalah mendidik mereka menjadi masyarakat yang bijak menilai berita..
So, meh saya yang tak pandai dan tak matang ni tolong
beritahu panduan kita menilai berita.
#wearing the "iknowall" glasses..
1- Baca berita sampai habis. Jangan sikit2, then
terus buat assumption. (nanti salah maklumat tahu?)
2-
Cube try test cek sapa dalang di sebalik
berita.. (ini supaya kita tahu niat dia memberitahu kita berita tu! Jangan
dimanipulasi.)
3-
Kaji, tanya pada orang yang tahu. (Allah yang
suruh.. fas alu ahlaz zikra in kuntum la ta`lamun..)
4-
Dan kemudian, cuba dengar eksplenation dari
orang yang disebut (atau lebih tepat diserang) oleh berita tu. (supaya pandang
kita terhadap kes tu meluas. Tidak sempat dan berat sebelah)
5-
Dah habis semua tu, pandai2 nilai dan hadam
maklumat tu. (akai ada kan?)
Dan cuba jangan memihak dulu. Dengar dulu. Neutralkan hati
dan minda. Supaya bila
jumpe berita yang baru ni, kita dapat judge dengan bijak!
mari kita buka quran! baca surah al maiidah ayat 008.
Qola akh sufi : Kadang kadang yang kita percaya betul tu
kemungkinan salah! Dan yang kita rasa salah kemungkinan betul! Cuba matang
sikit! agak2 kenapa Allah bagi kita dua telinga???
Setuju. Tapi orang kita ni banyak yang pekak dan tuli, baik yang suka 'berbaris' mahupun yang suka 'berpakat'.
ReplyDelete