sahabat ana!!

Saturday, September 14, 2013

M itu najis terbang!

Salam alaikum..'


perhatian! jangan baca post ini jika anda sedang makan. atau tidak berminat dengan kejijikan. atau tengah rasa nak menyumpah. takut kene sumpah pula. ok! proceed the reading please.



Taik.
Poo
faeces
Shi*
woooo





Najis dan kejijikan, mana dapat dipisahkan? Umpama ombak dengan pantai. Umpama buku dengan tulisan. umpama syaitan dengan kejahatan. Umpama malakat dengan ketaatan.  Bak kata orang melayu, dimana ada gula, kat situ ada la semut. Tapi ini lain sikit, kat mana ada najis, kat situ timbul kejijkan.





    Se”kurang bijak” nya seseorang tu pun, belum pernah aku dengar orang yang menjadikan najis sendiri sebagai makanan ruji. Apatah lagi najis orang lain.  Bayangkan kalau najis tu di gaul dengan lauk2 lain. *bluerk..*. tengok! Berfikir tentang najis pun dah jijik. Termasuk lah aku yang menulis tentang najis ni pun turut sama terjijik masa menulis ni. (sebelah ni 3 baldi dah penuh muntah.).  




  Juga tak ketinggalan, kalau anda berpengalaman beroperasi dengan najis, (contoh : qada` hajat), maka ada sesuatu yang perlu di sertakan. BAU. Ini tidak dapat kita nafikan. Sedangkan hangin yang kita keluarkan sebelum buang air besar pun sudah cukup menyumbang kepada pencemaran udara, apatah lagi setelah isi solidnya dikeluarkan. *bluerk…*. Oh minta maaf, termuntah lagi.




  Jadi bayangkan, jika anda berjalan di pekan. (dalam kes saya ni kat pekan mu`tah ni la.) anda terlihat orang sedang buang air besar di tepi lampu isyarat  tanpa segan silu. Lalu beristinja` menggunakan tiang lampu isyarat. Apa reaksi anda? *bluerk….* oh, saya muntah lagi ke?






kucing pun pandai buang air kat tandas tau?






Atau pun paling tidak, anda melihat najis sahaja. Cukuplah bayangkan najis anjing atau kucing. Itu pun pasti selagi boleh kita jauhi. Ye tak?




 Maka bersetujukah anda jika najis ini di gelar antara perkara jijik yang wujud di atas muka bumi Allah ni? Najis ini bukan saja yang kita buang, mungkin juga termasuk najis mughalazah, (khinzir oink oink, dan anjing).



Ya, kebanyakan nya akan bersetuju.



 
gambar najis tak elok tunjuk. takot muntah. nah gambar kucing.
\\




   Minta maaf sangat sangat. bukan nak bercerita benda tak senonoh. Ataupun bukan lah sengaja membuang masa  korang membaca benda jijik ni. Tapi tahukah korang?






Wujud benda lain yang kita lazimi dan dah terbiasa  sedangkan sepatutnya ianya juga dijijikkan seperti mana kita jijik terhadap najis. Ianya patut di momokkan seperti termomoknya kita pada najis.



Maksiat.
Dosa.
sins
crime




  Ya. Maksiat itu najis. Cuma bezanya najis terlihat mata kasar.Dosa kita Allah je Nampak. Najis kita buang dalam bilik air, dosa mana-mana tempat kita buat.  Najis, setiap masa kalau difikirkan jijik. Tapi dosa, kalau naik sikit level iman kita, kita jijik la. Kalau iman sedang mencorot macam paper physic aku tuh, kita rasa biasa. Najis, kita buang lepas tu kita lari. Tapi dosa, kita “cipta” dan palitkan pada diri.





Najis, berbau, berwarna, serta ada rasa. Dosa?



Hurm, berkenaan dengan bau, aku pernah terdengar seorang kawan aku bercerita. Dulu di zaman nabi, kalau dosa seperti mengumpat dilakukan, akan keluar bau. Bau apa? Fikirlah sendiri.





 Kemudian aku bertanya, kenapa sekarang tak berbau pun kita mengumpat. Tahu jawabnya apa?


“mungkin sebab dah terlalu banyak, akhirnya baunya kita terbiasa.”

Astaghfirullah..  macam najis. Macam mana orang kerja ATM (Angkat Taik Malam) boleh buat kerja tu? 
 Deria baunya dah terbiasa dengan najis.





Kesahihan cerita ini aku tak dapat pastikan. tapi..

Mungkin sebab tu, kita patut merasa hina berjumpa allah. Kita sedang terpalit dengan najis seluruh badan! Berjumpa dengan tuhan pencipta alam. Tak malu?

     




    Maksiat itu kotor. Najis itu kotor. Najis memadam kesucian. Dosa memadam pahala. Dan antara yang terpenting, Najis boleh terpalit dan berjangkit. Dosa juga mampu.





    Jika anda ada najis di baju, basuh atau tunjuk kat orang ramai kat shopping corn flek? Kalau anda ternampak taik di baju adik, abang,aka,  mak, ayah, kawan, cikgu, isteri (ehem), etc, anda biarkan? Jika kerja anda membersihkan jalan, Kalau anda Nampak najis di tepi jalan, apa yang anda buat?




    Ya, begitu lah dosa dan maksiat! Kita jika sedar dosa sendiri, kita cuci atau biarkan? Bahkan lagi teruk tambah pulak dosa? Kalau Nampak adik, abang, akak, mak ayah, cikgu, isteri (ehem lagi) etc buat dosa, biarkan mereka dengan kedosaan atau tegur?  Dan juga lagi, jika anda seorang muslim, anda Nampak maksiat ditepi jalan, apa yang anda lakukan?



“apa kene mengena kalau saya muslim?”

Lupakah anda?

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah“. Q.S. Ali-’Imraan ayat 110.


Mak aih.. telan air liur


.

“ok la, saya paham, kalau najis saya, ops, maksiat yang saya buat tu saya faham la. Kene cuci. Kalau orang lain tu tak perlu sangat la kut.”




Pertamanya, saya nak awak baca balik ayat atas tadi balik.

(lepas baca : “mak aih..” telan air liur.. lagi..)




Dan tambahan. Tahukah anda? Seperti yang saya tulis kat atas tadi, najis itu berbau. Atau paling tidak najis orang lain itu akan terpalit juga lambat laun kalau tidak di cuci.  Dosa, kalaupun kita tak buat, kalau orang sekeliling kita tidak diingatkan, atau di tegur, atau di beritahu bahawa itu salah, maka percaya lah lambat laun kita juga akan melakukan perkara sama. Haih. (mengeluh : pengalaman sendiri.)




Juga takut nanti kita terlalu biasa dengan najis, kita jadi buta mana najis, yang mana bersih.




Oh ya! Ada satu lagi perbezaan sebenarnya. Kalau najis, tak bergerak, statik serta pegun. Tapi bagi aku, maksiat itu bukan setakat najis. Ianya najis terbang!




  Kenapa terbang?








Pernah main game? Game yang kene elak kalau ada bende jautuh dari langit. Pernah? Macam itu la najis. Ianya kadang kadang dating menerpa. Di campak dan diterbangkan. Oleh siapa?




Syaitan! Juga sahabat akrab secomolotnya, NAFSU.




Tapi, kita manusia. Setiap hari, pasti terkadang terpalit sikit sikit dengan najis. Macam mana?




Jangan risau la. Allah tu maha cantik. Pasti bersih. Maka dia tak akan biar kita kotor. Kalau najis boleh dicuci dengan air mutlak, dan kadang2 kadang ada yang perlu di basuh dengan air tanah, dosa boleh di hapuskan dengan air mata taubat serta campuran taubat. Heee…


Jadi sahabat, mulai hari ini, NAJISkan lah MAKSIAT.


Akh sufi said : umar pernah berkata, taqwa itu adalah seperti kau berjalan di satu lorong yang penuh duri. Kau akan berjalan dengan berhati hati. Agar tidak tercucuk.  Hari ini akh sufi berkata, dosa itu seperti najis terbang. Elakkan lah seboleh mngkin. Tapi kalau tercoit dosa, pulang lah dan basuhlah dengan air. 

2 comments:

  1. Keep it up . Penulisan yang sangat bagus .

    ReplyDelete
  2. bile memula ak bace post ko ni...I laugh at first. But then, i being serious. T_T good infos hairi! Pandai ko kaitkan:) lol

    ReplyDelete