sahabat ana!!

Tuesday, October 8, 2013

M itu lazat! pulak..

Assalamualaikum.



   Manisan, kek unsecret resipi, air pepsi, ayam ken x aki (baca : kentaki),  pizze, burger mek do know (baca : mc Donald), gobblog (baca : coolblog), serta bemacam lagi makanan yang anda boleh fikirkan sampai terleleh air liur .



  Ini semua, tidak dapat saya nafikan, LAZAT KOWTTTT…. Makanan ini tidak perlu berada didepan mata. Cukup dibayang menggunakan akal panjang kita ni. Air liur terasa terciur di dalam mulut.



 


Terbayang bagaimana rasa makanan menular menusuk deria rasa dalam mulut. Bagaimana air pepsi menekan dan terasa bagai merobek bahagian dalam badan. Tapi sedap. Bagaimana pizze dalam tv uh terleleh chese die. Walaupun in reality x de pun chesse meleleh tuh. Serta keayuan heliza helmi diatas penutup coolblog. Eh?

bajet comel je..




Keberadaan makanan makanan ni dalam hidup kita, telah sedikit sebanyak menyebabkan ke”kurang kurus”an dikalangan rakyat marhaen. Atau dalam bahasa kasarnya, “KEGEMUKAN!”. Malaysia  menjuarai tahap pertama dalam Negara Negara asean dalam aspek kegemukan, obesity dan penyakit-penyakit yang bersaudara,bersepupu dan berjiran dengannya.




      Kerajaan meluahkan rasa bimbang nya mereka kepada ke obesity an makhluk2 dimalaysia ini, lantaran itu mencadangkan agar gula kurang diambil dalam makanan. Terdengarlah kempen kurangkan gula dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman. Oh so suhweet… atau juga sebab lain adalah teori dari seorang sahabat saya, “tanda tanda gula akan dijual dikedai emas tak lama lagi”. haih. Lawa kempen.
nah.. sesudu 23 hinggit




Walaupun macam tuh, disebabkan kesedapan tuh dah terlalu sedap di taste bud kat lidah ni, risiko kegemukan, kehabisan duit serta penyakit lain tak mampu menghalang spesies homo sapien dari mencekik dan mentekedarah makanan makanan tuh. Semuanya terlalu indah untuk dilepaskan. Terlalu lazat. Haih mngidam nak minum coolblog la pulak. Eh? (tetibe..)



 Laungan laungan doctor tentang kencing manis yang mana kalau semut minum pun mati, serta darah tinggi tahap abah, dan juga keobesitian tahap lebih sikit dari godzila berlalu bagai lagu lagu melayu sahaja, dengar sekali dua, lepas tuh babai..




Hasilnya, lahir generasi bijak pandai, pakar it pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan.. berkereta jenama Negara, megah menysusur di jalan raya. Eh?



Maka akhirnya lahirlah generasi terlebih gula hingga menyebabkan semuanya makin bajet sweet dengan couple2 mereka, juga  remaja terlebih lemak dan terlebih minyak sehingga ramai yang naik lemak dan naik minyak sehingga menjadi derhaka, juga terlebih garam sehingga darah tinggi mereka akhirnya menyebabkan orang lain naik darah dengan mereka.




   Kesemuanya ini menyumbang kepada apa yang disebut sebagai depopulasi penduduk dunia. Juga depopulasi akhlak serta nilai murni. Acewah ayat..




   Aku di “J” sekarang merasa agak terkesan dengan kenaikan berat dan lemak walaupun baru beberapa minggu disini. Lantaran cuba mengurangkan makan. Serta mengurangkan apa yang patut.



Fikiran ini akhirnya membawa aku kepada satu perkaitan.



Perut adalah sarang penyakit. Makanan yg kita makan, memberi kesan pada kita. Tapi disebabkan sedap, kita tak kesah. Dan terus makan.



Bergitulah maksiat. Itu adalah sarang ke durhakaan Allah, dan jalan mula bagi menuju neraka abadi. Kita semua tahu. Tapi disebabkan sedap, lazat dan dah terbiasa, kita bagaikan tak boleh hidup tanpa maksiat.



Ini semua aku terfikir setelah membaca hadis nabi.



Telah diriwayatkan oleh muslim, dari anas bin malik, bahawa rasulullah bersabda, “syurga itu dikelilingi dengan hal yang tidak menyenangkan, dan neraka itu dikelilingi dengan kesenangan kesenangan.”




Juga kisah tentang jibril yang di perintah oleh Allah untuk pergi menjengok neraka Allah yang dicipta. Lalu jibrail mengatakan bahawa kemungkinan tidak ada manusia yang akan masuk ke dalam neraka. Tapi selepas dihiasi dnegan perkara menyenangkan, jibrail khuatir takkan ada yang terselamat dari neraka.




Mana anda pilih?



telenovela adamaya-t atau cerita tanah kubur tentang mayat? Music music lalai, atau zikir yang damai? Mesej dan whatsapp dengan hubby, atau dengan abi? Berqasidah berzanji, atau music metalica dan heavy? Majalah solusi, atau majalah yang anda piker lah sendiri. Antara filem porno, dengan filem membangun dan motivasi.



Sekarang ya, mungkin kita boleh jawab dengan waras. Tapi bila berdepan dengan situasi sebenarnya, kita saja yang tahu mana yang kita pilih. Macam tulah makanan, kita boleh cakap dalam hati tanak makan itu dan ini, tapi kalau berdepan, belum tentu kata hati menjadi reality. Kalau dah teringin, Tak larat boh!




Jadi, bagaimana agaknya menjauhi dosa dosa yang sedap nih?



Samakan dia dnegan makanan.




Kalau nak hindarkan makanan yang tak berkhasiat dan membunuh tu, penuhkan perut dengan makanan berzat. isi hati dan diri dengan pahala dan perkara bermanfaat. Sibukkan diri sampai terlupa pada maksiat.


Kalau nak hindarkan makan kfc, mc Donald, bende bende manis, antara jalannya jangan lalu depan kedai. Takut teringin. Kalau nak hindarkan dosa dan maksiat, jangan dekati jalan menuju ke situ. Takut terbuat..


Kalau nak hindarkan rokok (termasuk perkara yang sedap nih) , serta makanan bergaram tinggi la bagai, selalu lah jenguk orang yang sakit terlantar jantung hitam dan darah tinggi kat spital. Kalau nak hindarkan dosa, selalu la baca quran dan cerita cerita tentang pembalasan bagi pembuat maksiat. Hayati!


Tapi yer la, kadang2 dah termakan juga. Nak buat macam man? Haih.. tak kuat betul diri nih. Apa nak buat nih? Then, EXERCISE LA!

Kalau rase dosa dah banyak, disebabkan dosa tuh bende dalaman, kita execise dalaman. Kita banyak kan solat sunnat, taubat, basuh hati dengan air mata! Dan antara yang paling sweet, ingat Allah!



Akh sufi kata : makanan mempengaruhi hati. Lihat lah apa yang kau masukkan dalam badan!













No comments:

Post a Comment