Salam alaikum.
Musa masuk ke
dalam kelas. mengah ! Beg galasnya disangkut pada badan kerusi. Menolak
kepalanya ke kiri kanan menghilang lenguh. Dia kepenatan berjalan jauh dari
rumah. Selang 5 kerusi disebelahnya, 3 orang akhowat (wanita) sudah lama tercongok.
Fatimah : awak!
Musa menoleh.
musa : ………. Err…
Fatimah : terima kasih tau!
Musa : ?
Ustazah ni cakap dengan siapa? Musa melihat disekeliling
nya. Mana ada orang lain. Dia seorang saja la kat situ. Tapi kenapa die
menunduk? Oh.. malu kot..
Fatimah : sebab teman saya semalam.
Musa : ha?
Musa mengerut dahi. fatimah meneruskan cakapnya dengan
semakin semangat.
Fatimah : awak ni femes tahu? Semua orang kenal!
Musa : errr…
Musa kekembangan. Hidungnya ditiup hangin bangga oleh iblis.
Fatimah : awak ni baik betul! selalu tolong orang. orang tak
faham, awak terangkan. orang sedih, awak tenangkan. Orang gembira awak ingat
kan. Awak ni memang suhweeet sangat!
Musa : ha?
Fatimah : saya ingat lagi masa saya sedih rindu dekat ibu
saya masa dekat sini, awak la yang tolong. Hihi.
Musa : ?????
Musa semakin terkerut. Bile?
Fatimah : lepas tuh, awak ni pandai! Semua soalan awak boleh
jawab kan.
Musa : aku? Pandai?
Fatimah : dengar cerita, awak selalu teman kan kawan2 saya
tuh jugak kan? Hurm. Kalo boleh saya nak mintak tolong. Boleh??
Musa : herm…
Fatimah : saya nak awak pun teman kan saya! Saya nak awak
yang tolong teman kan saya bila berjalan dalam gelap malam nanti macam malam
tadi. Saya takut! Gelap, banyak orang nak kacau. Takut sangat!
Musa : haih?
Fatimah : saya tahu, saya terpaksa berkongsi kasih awak
dengan yang lain., tapi tak per! Awak kan memang adil dengan semua!
Musa : ehem..
Fatimah : awak je
yang boleh buat saya dekat dengan Allah. Kalau awak tak ada malam tadi, tak
tahu lah saya.
Musa : malam tadi?
Fatimah : awak terus lah bimbing saya ni tau? Awak kan hero
saya. Boleh?
Musa mula rase seram
sejuk.
Fatimah : hurm ni lagi satu..
Musa berdebar..
Fatimah : boleh tak, awak
jadi muraqib (peneman) saya seumur hidup saya?
Musa : haaaa….. *ke langit…*
Fatimah : aha. Malu pulak saya. Saya tahu saya ni tak layak.
Tak sebaik awak. Tapi saya nak sangat awak teman kan saya juga, macam awak
teman kawan kawan saya.boleh ye? Boleh ye?
Musa : hurm..
Fatimah : yey! Sayang
awak. Seronoknya ada orang nak teman!
Musa : serius ke ni ustazah? (musa hampir menangis!)
Aisha, sahabat Fatimah menyiku Fatimah lembut. Menunjuk jari
isyarat kearah musa.
Fatimah yang tidak perasan kehadiran lelaki itu menoleh
cepat. Melihat musa merah muka. Die kemudian menoleh kepada dua orang
sahabatnya yg disebelah.
Fatimah : *berbisik* hei! Kenapa tak bagitahu ada orang
datang? Malu aku cakap sorang sorang dengan quran ni.. nanti die cakap aku gile
pulak..
Musa tersenyap sebentar.. berpusing mengambil beg, keluar
dari kelas. Berjalan tenang kearah pemadam api. Satu dua tiga..
Musa : bodohnya pergi perasan… *menghentak kepala ke pemadam
api.
Akh sufi said : bukankah kalam tuhan itu lebih layak menjadi teman
mu di kala susah dan senang?
Caption : cerita ni tak pernah terjadi. Tolong jangan cari
watak watak daam kisah nih. Dusta semuanya dusta! Argh…
nice sharing.. :)
ReplyDeleteselamat menjadi muroqib!