Salam alaikum.
sebelum membaaca, saya ingatkan post kali ini agak panjang, serius dan bosan. jika anda tidak minat dengan cerita cerita politik, maka saya harap anda tahu kat mana nak tekan pangkah.
Abang ustaz sufi! Nak Tanya sikit boleh? Apa pandangan abang
ustaz sufi tentang politik?
Hah!!! Politik??!!
“orang yang
melarikan diri dari politik! Peninggal sunnah nabi! Orang agama yang tertipu
hanya kepada alam akhirat, meninggal kan dunia! Tak seimbang!”
(credit to whosoever have shouted this to me. Well maybe in
real life, or just in facebook status or their blog. Thank you!)
Sudah beberapa kali
aku dihenyak beberapa penyataan orang lain yang terkadang berbunyi “menuduh”
bagi aku.
Betul ke aku meninggalkan politik?
Sepanjang aku
hidup, telinga aku dan pemikrian aku terdedah pada maklumat tentang politik. Tak
kira dari mana pun pihak. Kerajaan atau pembangkang. Walaupun kebanyakan orang
mengatakan umur aku ketika mula mula mendengar cerita politik ini terlalu muda,
tapi hakikatnya memang aku mendengar nya dari dulu. Hatta sampai sekarang,
setiap berita dan tindakan dari kedua belah pihak aku baca, nilai dan fahami.
Umur :
7-12 tahun : lebih banyak mengikut apa yang abah caka pasal
politik. Mendengar sebelah pihak, walaupun sebenarnya belum beberapa paham tapi
semangat politk tuh ada.
13 – 15 : arwah atuk aku (meninggal 2009. Umur 93 +-) akan selalu inform kan berita tentang
keboborokan kerajaan, dan bagaiman die mengagumi pembangkang semasa aku
menemani arwah ke pasar. juga mak cik aku yang mesti bercerita tentang kenapa
kerajaan bertindak sedemikan dan sedemikian dan bertanya bagaimana pembangkang
menangani itu dan ini. Dan ketika itu, aku masih lagi ikot dan pengaruh orang
sekeliling masih lagi tak hilang.
16 – sekarang : berita berita tentang pembangkang dan
kerajaan ini akhirnya menimbulkan berlambak persoalan. Dan sikap, tindak
tanduk, perlakuan serta tindakan yang diambil orang2 politik ini akhirnya
menyebabkan aku bersikap tidak lagi berpihak.
Sikap ini aku
ambil, kerana mungkin peningkatan usia. Atau pun sudah akhil baligh, juga
sedikit matang dari sebelumnya.
Tujuan aku menceritakan susur galur hubungan intim aku
dengan politik ini bukan lah untuk melaungkan bahawasanya aku sangat arif
tentang politik. Tidak! Saya ulangi! Tidak!
Tapi untuk membuktikan bahwa aku tidak pernah lari dari
politik itu sendiri!
Isu isu yang berkumandang, dari peletupan c-4, skandal
sayfool, kepincangan undi, penghundi terhormat dari bangla
Jadi meninggalkan politik dan keduniaan kah itu?
Politik itu, perlukah
menyertai parti? Atau menyokong mana mana pihak?
Jikalau jawapan anda
ya! Maka tidak mengapalah, tulis di bhagian komen dibawah mengatakan saya
meninggalkan politik.
Tapi apa yang terpaksa kita hadapi, tidak ada mana mana kumpulan
pun terlepas dari berbuat silap. Jadi
atas sebab itu aku berminat untuk duduk
di luar gelanggang kumpulan, dan meneliti keduanya sebelum aku buat keputusan
dan betul betul terlibat dengan politik.
Sekarang, apa yang perlu buat? Adalah bersedia untuk kita
pula mengambil tampuk pemerintahan dan politik nanti. Masuklah dan berjemaah
lah kecil kecilan sekarang. Supaya kita tahu apa itu pemerintahan, yang
diperintah, dakwah dan sebagainya.
Kalau anda menyokong mana mana pihak, maka kerja anda bukan
sahaja mencari yang baik, cari juga selagi boleh yang buruk agar satu hari
nanti bila politik di tangan kita, kita akan mampu merubah parti yang kita
sokong kepada lebih baik! Dan tidak di
takuk lama.
Kelemahan seperti asyik memburukkan parti lawan dan langsung
tidak membaik pulih parti sendiri, rebutan kuasa, rasuah atau nak sedap politik
wang, menghina yang itu, mengkafir yang ini semuanya patut diperbetulkan!
Sekali lagi, saya larikah dari politik?
Saya bukan langsung
tak mahu ambil tahu tentang perkembangan poltik. Merasa tidak ter effect dengan
kenaikan harga minyak, penyebaran ajaran syiah dan lain2. Saya sangat merasa
effect!
Tapi please people! Be mature!
sebenarnya semua ini bermula sebab aku selalu kata "sama je kerajaan dengan pembangkang ni. ade lemah jugak."..
dan kalo boleh cakap terus terang, aku kebosanan. kebosanan melihat kedua nya. merindui zaman masih muda dulu ketika pergaduhan yang mereka tunjukkan sekarang dulu boleh settle selpas sehari tak berjumpa.
Akh sufi kata : tahu la dulu apa tu politik. Tahulah dulu
apa itu penadbiran.
No comments:
Post a Comment