Salam alaikum.
“ aku pernah membaca dalam kitab isa (injil lama). Isa
berkata :
Mayat, apabila diletakkan di atas keranda, dan hampir
dimasukkan dalam kubur, Allah akan bertanya 40 soalan dengan segala keagungan-Nya.
Pertanyaan pertama yang diajukan adalah :
“wahai hamba-Ku! Telah kau percantikkan diri untuk makhluk
bertahun tahun. Maka mengapa tidak kau mempercantikkan diri untuk Ku walau
sesaat? Sedangkan setiap hari Aku melihat ke dalam hatimu!
Mengapa engkau
berbuat sedemikian demi selain Aku! Padahal engkau bergelumang dengan kebaikan
Ku! Butakah engkau? Pekak kah engkau? “
(credit to : imam al ghazali. Ayyuhal walad.)
*Sentap*
Hurm. *picit
kepala*
Perasan tak? Cara kita berinteraksi dan kekal berhubung
dengan Allah, sangat berbeza dengan cara kita berhubung dengn makhluk dia.
Terkadang, kita
terlupa, di dalam hati ini siapa yang sepatutnya bertakhta.Pernah tak terfikir,
boleh ke kita melebihkan orang lain dari Allah?
Bandingkan
bagaimana kita menghormati Allah dan bagaimana kita menghormati makhluk lain.
Bagaimaana kita beria menjawab telefon yang berdering,
sedangkan kita berlengah dan kadang kadang bagai terpaksa menjawab panggilan
Allah? Ataupun tak pergi pun solat.
Bagaimana kita boleh bercakap dengan manusia ajnabi berjam
dengan berbagai emosi, riang, sedih, semangat, mengadu dan sebagainya,
sedangkan kita hanya ada satu emosi bila berinteraksi dengan Allah. Iaitu
NGANTUK!
Bayangkan bercakap dengan orang kenamaan, sultan – sultan, dan sedang kita bercakap,
kita menguap tanda bosan!
Perhatikan Bagaimana kita berpakaian cantik pergi ke majlis
orang ramai, sedang berjumpa tuhan dengan pakaian yang encik tarzan pun gelak
kalo tengok.
Ataupun cuba bandingkan pakaian kita solat di masjid, dengan
pakaian solat kita dirumah! Jangan terkijot sangat lah kalau ada yang berjubah
lengkap ke masjid, tapi solat dengan kain pelikat koyak, baju singlet berdebu,
dan air liur basi masi lagi terlepek di pipi. *ok,jijik!*
Awak pakai cantik ke masjid, nak tunjuk kat siapa?
Atau pun bandingkan bagaimana kita boleh membaca surat cinta
dari si dia *ehem2* berulang kali tanpa bosan bahkan makin teruja dan gembira.
Sedangkan surat cinta dari si pencipta cinta seminggu sekali baru kita baca.
Itupun nak hayati tu mungkin sekali seumur hidup, atau mungkin tak pernah
hayati. Setakat baca. *eshh! terasa!*
Itu baru aspek lahiriah. Belum aspek hati yang sedang menjadi
raja ni.
Aku terlupa, berapa
kali aku berpakaian betul-betul kemas dan cantik untuk menghadap ilah (Allah).
aku terlupa, bila kali terakhir aku berhias hanya untuk menghadap Allah. Dan
aku terlupa juga , PERNAH KE? *batuk berdarah*
Teringat lagi pagi tadi, subuh tak sempat berjemaah kat
masjid. Sebab kepenatan buat rendang sampai pukul 1 pagi *alasan baik..* .
Teringat bila bangun, tab ni la yang aku hadap dulu. Teringat pagi tadi, mandi
sunat. Seronok nye mandi! *ehem, keluar tajuk.*pakai putih itu ini, lilit
serban kat kepala ni. UNTUK ALLAH ke semua tuh?
Apa yang nak di
jawab di hadapan Allah nanti? Dihari Ketika semua orang melihat termasuk
malaikat. Kenapa makhluk dilebih agungkan daripada Allah? KENAPA?
Lupakah kita Allah
tu siapa? Lupakah kita makhluk tu siapa? Bahkan segala bende yang ada nih,
bukankah hak Dia yang di pinjamkan? Sedar tak kita ni sapa? Hamba je kot! *tunduk
malu*. Kenapa Allah bagi macam – macam kepada HAMBA? Sedangkan hamba itu pada akalnya tak layak
diberi apa-apa selain makan dan minum. Selebihnya, “pendek kata, selagi tak
tutup mata, kerja kerja kerja.”.
Tapi Allah tuh
tuhan penyayang dan pemurah. Bukan macam manusia yang taik hidung nya boleh
buat darah tinggi jika dirasa. Atas sebab kasih sayang Allah, dia berikan
segalanya tanpa minta bayaran dan balasan. Sedangkan hambanya ini derhaka
setiap hari! Sungguh ni, bukan sikit2. Setiap hari!
Dah macam tuh punya
penyayangnya Allah pun kita still lebihkan makhluk.
Jadi macam mana menjadi hamba?
Bacalah kisah Ibrahim
dalam kitab mulia. Ketika mimpinya membawa kepada sesuatu yang sukar dipercaya.
Disuruh sembelih sendiri anaknya! Sedangkan sudah bertahun tidak berjumpa. Ketika
itu, memberontak kah Ibrahim? Ingkarkah Ibrahim?
TIDAK!
Juga lihat peribadi ismail ketika diberitakan. Lehernya sendiri
bakal menjadi tempat sembelihan. Adakah dia melawan? Adakah dia lari memberi
alasan?
TIDAK!
Dan akhir sekali jangan di lupa siti hajar. Ketika di
tinggalkan ditempat tidak wajar. Hatinya mulanya gusar. Lalu diberitahu ini perintah
Dia yang Maha Besar! Bersoal kah dia kenapa dia dibiar? Bersama anaknya ismail
yang berteriak lapar?
TIDAK!
Maka inilah dia interaksi tuhan dengan hamba yang sebenar. Ibrahim
mengorbankan anak nya tercinta semata mata suruhan itu datang dari Allah. Mengapa?
Kerana dia sedar dia adalah hamba. Cintanya pada Allah lebih besar.
Ismail merelakan
segalanya. dia mengorbankan jiwa dan raganya sendiri, hanya kerana mimpi yang
datang dari Allah pada ayahnya. Mengapa? Kerana dia percaya bijaknya tuhan itu.
Kerana dia percaya cintanya pada Allah lebih utama dari cinta pada dirinya
sendiri.
Siti hajar tertinggal dibumi gersang. Bersama anaknya yang
ketika itu amsih belum mengerti. Kemudian setelah mendengar “ini dari Allah!”. Maka
segalanya bagai tiada apa terjadi! Mengapa?! Kerana Allah itu adalah satu2nya
tuan yang mengambil hambanya menjadi mulia.
Yang memberi nikmat yang katanya
tak mampu dikira kepada hambanya. Yang berjanji menjaga hambanya.
Maka siapakah yang patut di dahulukan dalam pilihan? Siapakah
yang patut di beri takhta paling tinggi dalam hati? Bole jawab sendiri kan?
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati
(amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah
kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan
anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah di sisiNya
pahala yang besar”. (al-Anfal: 27-28)
Itu anak2.. yang memang ada hubungan halal dengan kita. Yang
bukan anak, bukan isteri? Apatah laginya…
Akh sufi kata : sebelum bertanya kita ni dimana di peringkat
pada pandangan Allah, Tanya dahulu dimana Allah di hati kita. Kbye!
No comments:
Post a Comment