As salam alaikum
Ikram (abang
senior) ada beli pisang tempoh hari. Mungkin nampaknya macam tidak perlu
diperbesarkan berita itu, tetapi di sini, di mu`tah ini, pisang adalah antara entiti yang jarang masuk kerumah ini.
Harga yang sangat menggoyahkan poket dan dompet,
serta khabar angin yang katanya pisang ini hasil tanaman Israel menyukarkan
penerimaan entiti ini di rumah. Namun sekali sekala, termasuk jua.
Siapa tahu?
Semuanya seperti biasa,pisang tetap pisang, dan aku tetap
aku. sehinggalah ikram bercadang membuat cucur pisang.
Disitulah bermulanya pisang menjadi pisang, dan aku menjadi bagai
monyet diberi pisang.
Cucur pisang
bukanlah masakan ibu yang paling aku gemar. Tapi setiap makanan yang agak “jaghang-jaghang”
di telan dijordan ini serta mengingatkan aku pada ibu, maka aku akan teruja dan
beriya iya menanti penghasilannya.
Maka kami bersiap dan bersedia nak memasak. Pisang itu kami
bogelkan (kurang tsiqah? Baiklah. Kami telanjangkan), dan kami ramas sehingga
hancur. Masukkan sedikit air, tepung, dan kami gomolkan. Biarkan dia berasmara
dana seketika. Tidak mengapa, mereka tumbuhan. Jika bergomol dan bermesra
bersama lain jenis tidak berdosa.
Kesemua proses
diatas tidak mengingatkan sangat aku pada ibu. Kerana biasanya ibu yang buat,
aku yang telan. Itu proses di Malaysia. Sekarang tidak lagi.
Apa yang mengingatkan aku pada ibu adalah pada bahagian,
menggoreng!
*********************************************************
“abah.. nak habiskan cerita i love you mr. beriman
boleh? Hari ni episod last.” miss Adik ku merengek dan bersuara sedikit merayu pada
abah. Dia memang agak manja.
“tak.. abah nak tengok para pencari tuhan kejap lagi.” sir Abah
membalas selamba sambil baring menyilang kaki di lantai berlapik sejadah.
“alah.. boleh lah bah.. last ni..” miss adik aku merengek lagi.
Aku hanya duduk di kerusi merah di ruang tamu itu. Bersedia menghadam
apa pun cerita. Dapur dan ruang tamu kami tak jauh. Maka dengan mudah aku
terhidu cucur pisang sedang dibikin panas oleh puan ibu di dapur.
ukhti Akak aku ada bersama puan ibu didapur. Aku entah kenapa tidak membantu. miss Adik aku, fahamilah waktu “don’t disturb me” nya. Abang lain tidak pulang dari tempat masing masing.
Sedang asyik melihat discussion ala ala bahas parlimen yang
dibuat oleh miss adik aku dan sir abah di hadapan television, tiba tiba..
“Allah! Hiiiiii!!!” puan ibu melaung dari dapur.
Perbincangan merebut
takhta dan hak melihat television terhenti. Gencatan hujjah termetrai tanpa
perjanjian. Aku bingkas bangun. Sebagai hero yang tersisa di rumah, hal
sebegini perlu di teliti.
Aku berlari mengah (dapur kami jaraknya 2 meter dari tempat
duduk. Jauhkan?) membuka pintu dapur dan meninjau lebih jauh.
“kenapa bu?! Kenapa?!” terkeluar soalan bernada caring dan
penyayang.
Hei mestilah, ibu saya.
Hei mestilah, ibu saya.
Kemudian puan ibu selamba berpaling menghadap aku sambil berkata
“ nothing. Ibu terkena percikan minyak panas lepas tu terpijak lipas.”
Kemudian puan ibu sambung kerja kembali.
ukhti Akak aku tersengih, berkata
“bagus lipas ni. Tak ada dia, tak jenguk kau kami kat dapur ni”.
“bagus lipas ni. Tak ada dia, tak jenguk kau kami kat dapur ni”.
Aku menjuihkan bibir kepada kakak aku. (mungkin mencebik.)
kembali ke depan. Duduk semula, dan sekali lagi kembali
menjadi tuan speaker yang mulia dalam dewan parlimen merebut hak menonton t.v.
hari itu aku berfikir dan tertanya tentang 2 perkara. Pertama, kenapa perempuan
cepat sangat nak menjerit? Lelaki seperti aku agak sensitive bila terjadi
sebegini. Bukan apa. Risau. Dan yang kedua. Ek, akak aku tak Nampak ke aku
selalu masak kat dapur tuh?
**********************************************************
“dalam dingin subuh.. hati ku terusik..”
Siapa pulak buka lagu raya masa masak ni?
Hai kenangan. Jangan lah sampai macam tu buat aku rindu pada
puan ibu. Tengok, sudah terlebih air dalam bancuhan cucur ini.
Air mineral, bukan air mata.
Abang ikram tukang calit bancuhan dan letak ke dalam kuali. Saya tukang
jaga dan tukang balik balik.
Saya kemudian tertarik dengan satu entiti yang bergerak di
lantai. Saya amati betul betul. fokus pada cucur lari.
Minyak dalam kuali meletus sedikit memberi impak. hasil
pernikahan minyak panas dan sedikit air akhirnya melahirkan anak minyak panas
yang meloncat menerkam kulit saya. Merobek keamanan seaman Malaysia dari kulit
saya. dan mengejutkan saya tentang apa reaksi saya.
Tahu apa yang saya buat?
“Allah! Hiiiiiiii!” *sambil terpijak lipas.*
Hari ini saya kembali berfikir dan mendapat jawapan pada dua
perkara.
Pertama, bukan perempuan yang cepat menjerit. Manusia yang
berperasaan dan merasa sakit akan menjerit. Spontan dan tindak balas reflex.
Kedua, hakikatnya memang aku tak selalu ke dapur.
Akh sufi kata : seorang lelaki pernah bertanya pada tuan
gurunya. Bagaimana ingin menjadi orang yang sellau di fikiran manusia. Gurunya tersenyum dan menjawab “kamu berbuat
jasa tanpa dia sedar. Kemudian pergi jauh dari dia.”
bile ko nak balik mesia??
ReplyDeletewargh?! soalan tahap apakah ini?
ReplyDelete