sahabat ana!!

Saturday, November 23, 2013

cadbury jumaat

Assalam alaikum.



  Jumaat kali  ini ngantuknya agak berat sedikit. Jam pukul 9, aku bangun. Melelap lepas subuh bukan habit yang baik, tapi mengantuk dan keterlelapan “memaksa” aku tidur.









   Aku menggeliat. Mengambil tab 2 di tepi meja. Menekan punat buka. Memasang lagu “it’s jumaat” nyanyian raef. Mengurangkan ngantuk. Aku bangun, menggeliat sekali lagi. Menggosok rambut dikepala yang kian melebat. Berjalan keluar meneguk air di dapur. Aku merasa rasa dalam mulut. “teringin nak makan coklat la.”






 Ku fikir fikir, apa yang nak dibuat hari ini?


Sunah nabi hari ini



Kuku potong
Misai cukur
Mandi sunat jumaat
Minyak wangi
Jubah
serban
tidur sebelum pergi








Kuku, misai, mandi, berwangi wangi, berjubah hitam berserban putih. Segalanya checked! Tidur aku rangkum yang lepas subuh.




 Baik. Jam 11.30. 12.30 masuk zuhur.





Ayam sup di dapur aku panaskan, selepas jumaat boleh makan. Lapar musim syita` (tafsir : musim sejuk) nih berganda. Nafsu pun sekali naik berganda.





Aku ke masjid.





“bandurah! Khomsa bidinar!”






Orang arab sibuk berjual beli. Tomato, sayur, berlambak tepi jalan.kadang kalau lambat pergi masjid, kelihatan lah peniaga yang setia dengan kedai mereka. yang tah pergi tah tidak menunaikan solat jumaat.  Kedengaran kereta kereta menekan hon. Hobi di sini, hon.




  Selesai jumaat.



hari ini pelik sedikit. Tiada lagi pengemis wanita di hadapan masjid. Yang ada hanyalah kain terbentang di laman masjid tempat orang “melempar dan membuang dosa” (hakikat : Sedeqah.)



aku belum lagi berminat menabur duit disitu. Biasanya ada ibu tunggal (agakkan) bersama anaknya yang terkulai melaung laung doa untuk orang bersedeqah.




  Jadi aku terus keluar dari masjid. Melihat gelagat orang arab yang selesai saja salam kedua, melaung menjual baju, tomato, dan sebagainya. Bagai bergaduh.





Tengah seronok aku perhati orang orang arab ini, datang seorang anak perempuan kecil . umur 5 tahun mungkin. Aku mengagak. Baju kusut masai. Terlihat tanda tanda tidak mandi yang jelas. Mukanya comot, tapi matanya tetap membuat dia comel. Sangat comel!




Aku membongkok.




“min wein enti ya syaturah?” (baca : dari mana adik comel?) aku bersuara sambil menyentuh dagunya yang berpasir. menggoda tak? Haha.




“ana min suria. Abi mata hun. Ummi maridht. Yalla sodiq.” (baca : saya dari suria. Ayah saya mati disana. Mak sedang sakit. Tolong..) sedikit merengek.



Aku bangkit dari bongkok.



Irbid. Aku teringat irbid!



***********************************************************************************



“supi! Cepat lah. Orang dah solat isya` tu!” lukhman ib, memanggil.



“mana boleh diorang solat. Imam tak sampai tengah berjalan ni.” Aku melawak. Ok tak lawak.




Aku berjalan agak lambat. Letih perjalanan masih belum hilang. Mu`tah ke irbid. Hampir 6 jam dalam bas! Melayan karenah orang arab teksi yang ingin meng “ kapak” (baca : bagi harga tinggi) kat kami. Stress bercampur penat. Aku nak coklat!




       Aku menoleh kanan dan kiri. Kami seberang jalan besar di hadapan masjid. Aku masih belum kenal tempat ini. Lain benar mu`tah dan irbid. Biasa sudah kedengaran dari mulut senior, bagaimana mu`tah diperlekeh kampung dibanding irbid yang Bandar.  




Mu`tah bukan kampung, ianya luar bandar. Dan irbid bukan Bandar, ianya luar kampung.




    Baru sahaja masuk ke dalam laman masjid, 5 orang anak kecil suria menyerbu. Meminta sedikit wang. Katanya 3 hari tidak makan.



Antara mereka, ada seorang gadis kecil yang aku agak cam. Dia! Dialah pencuri tadi!






Aku masih ingat peristiwa petang tadi. Ketika aku berjalan bersama hamdi pulang dari kedai ayam goreng ala2 KFC , (informasi : kat mu`tah takdak), ada beberapa kanak kanak suria menerpa hamdi yang memegang plastic ayam yang dibungkus. Menarik narik plastic itu.







“haram! Hay haram alaik!”(baca:haram! Ini haram atas mu!) aku menolong hamdi yang sedang saling tarik menarik dengan budak kecil itu.









Aku menjerit seperti ahli parlimen mengoyak kertas usul, dan hamdi berebut plastik bagai menteri berebut kerusi.




Akhirnya kami menang. Yalah, dua tenaga remaja yang makannya 3 kali 1 hari berlawan tenaga kecil yang makannya  3 hari 1 kali. Aku sedikit marah. Menyumpahnya dalam bahsa melayu pada hamdi.




Itu petang tadi.



   Tapi sekarang dia minta baik baik pula? Belum sempat kami memberi apa apa, mereka di halau oleh pengawal masjid. Kasihan.



“Lepas solat kita bagi ya dik?!”aku melaung dalam bahasa melayu. Biarlah tak paham pun.




Selesai solat, aku berjumpa semula kumpulan itu. Aku menarik keluar sekeping not duit dari kocek.



“alamak. 5 dinar (rm25 lebih kurang). Weh, korang ada duit kecik tak?” aku bertanya kawan lain.
Masing masing menggeleng.



Aku berfikir.




“la baks. Sodiqati. Ta`al ma`i.” (baca : takpa. Adik, mari ikut.)




Aku pergi kedai coklat berdekatan. Nak hilang stress, so aku nak beli coklat. Jadi aku beli la sampai 1 dinar. Suapaya dapat baki 4 dinar. Sedinar aku nak bagi kat adik Syria nih.




“sodiq. Musy fi nuqud. Bas ma`i dinar.”  (baca : dik. Takdak duit. tak dak Duit kecik la kot. Hanya ada sedinar bersama saya.)




Jadi aku cari coklat coklat lain bagi habis 4 dinar. Tinggalkan sedinar.



Aku hulur sedinar pada adik perempuan tu. Melonjak dia kegirangan dan berlari mendapatkan kawan 
kawan. Kemudian aku tersenyum.




Aku keluarkan coklat galaxy. Membuka balutan,hampir ke mulut,  kemudian berhenti.




Apahal dengan aku ni? Aku habiskan 4 dinar pada coklat, sedinar untuk sedeqah?



Apahal dengan aku?!




Aku kemudian terlihat budak perempuan Syria tadi sedang bergaduh dengan rakannya yang lain. Menangis dia.



Berebut sedinar.



Aku hampir menangis!



“ta`al! ta`al kullukum!” (baca: mari! Mari semua!) aku melaung pada mereka.




Sesampainya mereka, aku keluarkan segala coklat dalam poket. Cadbury, bounty, galaxy, twirl, kitkat, mars segalanya. Aku beri semua.



Melonjak masing masing. Kemudian aku pergi pada budak perempuan yang aku bagi sedinar tadi. Aku beri 2 pakat cardbudy. Menahan tangis, dan berkata “asif sodiqati.. ana asif.. ana ghobiy” (baca : maaf, saya minta maaf. Saya bodoh)



***********************************************************************************



Sekarang di pekan mu`tah, perkara sama turut berlaku. Ada 5 dinar saja dalam poket.



"asif.." (baca:maaf)



Aku tinggalkan budak tadi disitu. Termangu dia di situ. Merengek dan seperti ingin menangis. Kemudian dia pergi pada orang lain. Meminta dengan cara sama.





Aku menepuk bahunya,  “ta`al syaturah!” (baca : mari sini si comel!).  Aku beri sesuatu dari genggaman dan berkata “ alaiki, wa ala a`ilatuki aman, wa rahmat minallah” (baca : moga kau, dan keluarga sentiasa aman dan dirahmati Allah.)






Dalam genggamannya sekarang, 4 dinar, dan dua paket cadbury.



Akh sufi kata : “duit berdinar mengisi perut, sedang mereka kau tinggal biar. Nanti datang malaikat maut, jangan hairan jika kau lapar.”

4 comments: