Assalamualaikum
Pagi tu aku bangun.
“abah pula masuk dalam mimpi..” aku mengomel sambil memisat
mata dengan comel (haters gonna hate).
Aku buka tab di meja sebelah. Wajah mister abah disitu. puan
Ibu juga.
Gambar atas kapal terbang, menuju mekkah tempat lahir nabi
dan madinah tempat pemerintahan nabi.
Teringat aku menjadi anak terakhir yang abah bawa pergi
umrah (abah bawa semua adik beradik bergilir gilir pergi umrah.)
*************************************************************
..Mekah..
“panas nya!” aku mengeluh. Aku tahu tak elok. Lagi ditempat
suci ni. Tapi..
Serius panas! Waktu dhuhanya bahang bagai tengah hari Malaysia.
Tengah hari nya apatah lagi. Aku tak pasti betul atau tidak, tapi pak cik
sekampung kata boleh masak telur kalau letak atas jalan tar tu. Yer lah pak cik…
Aku, mister abah, dan puan ibu sebilik. mister Abah selalu juga tiada. Dia pengiring
orang orang kampung. Biasalah sibuk.
Balik dari solat zuhur biasanya kami berehat dibilik. Nak ke
TANA’IM (miqat terdekat) tak larat.
Panas
ya Allah!
Puan Ibu membuka khuf dikaki. Mister Abah duduk di sebelah.
“meh tolong ibu urut kaki ni. Lenguh lah..” . puan ibu
mmicit sendiri kakinya. sekali lagi hero
yang tersisa ni tidak segan silu memicit micit “syurga “itu.. syurga di telapak
kaki ibu.
Selesai memicit, puan ibu memberi isyarat sudah. Sambil mengucap
terima kasih. Aku senyum. Baru nak berangkat ke “tempat gedebum” (tempat tidur).
“adeh! Adeh! Adeh!! Kaki abah tersakit tiba tiba. Adeh deh
deh..”. abah bersuara. Memegang kakinya.
aku ketawa. isyarat suruh picit la tu. Aku duduk semula. Menarik narik jari kaki abah. Abah tak pakai khuf.
“abah. Kaki berhabuk kenapa ni?” aku sengaja bertanya. Tahu sudah
permukaan berhabuk di mekah. Kalau baju, rambut, kaki atau apa sahaja berhabuk,
dah tak rasa apa.
“abah tayamum..” mister
abah ber”muzah” (baca : gurau). Aku ketawa. “Mengarut lah bah” aku sambung
picit.
“kenapa abah cakap abah tayamum tak percaya?” abah bersoal.
Beza
“soal” dan “Tanya”. Bertanya jika tidak tahu. Bersoal jika sudah tahu.
“nak tayamum apa bah. Air banyak lagi tu.” aku menjawab. Tangan
tetap memicit “syurga” puan ibu tu. Syurga
isteri bwah tapak kaki suami.
Mister Abah ketawa sedikit, “bukan masalah air lah..” mister abah jawab. aku berkerut. Memandang abah.
Fokus seperti bertanya.
abah mengangkat sedikit kaki. “mana ada orang tayamum kat
kaki..”
aku terberhenti.
Hari itu menguatkan lagi kekaguman aku pada cara berfikir mister
abah. ya aku tahu, mungkin akan ada orang berkata aku masih kecil mungkin. Sebab
tu tak terfikir sampai macam mister abah.
ataupun masalah tayamum tu boleh disetel metel dengan mnggunakan mata sebelah saja. bahkan sambil melayan video "macam cantik je macam cantik je." tapi saya bukan tak tahu tayamum tak perlu kaki. jadi kenapa terfikir air?
ataupun masalah tayamum tu boleh disetel metel dengan mnggunakan mata sebelah saja. bahkan sambil melayan video "macam cantik je macam cantik je." tapi saya bukan tak tahu tayamum tak perlu kaki. jadi kenapa terfikir air?
selepas aku 18 tahun, aku masih lagi anggap abah antara
pemikir terhebat.
Aku tak mampu capai.
Walaupun ditahap kaki abah yang berdebu.
Walaupun ditahap kaki abah yang berdebu.
Qola akh sufi : 3 dosa besar. 1-syirik. 2- DERHAKA pada
IBUBAPA. 3-sumpah palsu
No comments:
Post a Comment