sahabat ana!!

Friday, December 20, 2013

salji itu sejuk

As salam alaikum




   University mu`tah. Dihadapan menara jam. Berdepan dengan mat`am. Dilorong kecil di celah orang ramai itu.



Hari selasa. 10.07 pagi






Aku berjalan sendiri. Kawan kawan lain ada yang ke mat`am lain. Baru habis kelas doktor syed Muhammad hawa. Aku mengurut sedikit kepala. Mungkin keletihan sudah otak ini, bertarung tinju dan tomoi dengan bahasa arab dan pelajaran yang agak berat hari ini.





Aku terpikir, sekiranya otak ini mampu di keluarkan sementara waktu, mungkin akan kelihatan otot otot pejal disitu. Berpeluh, berketak dan mempunyai lebih dari six pact. berpact pact.




Cuaca sejuk agak menyiksa kan hari ini. Khabarnya tak lama lagi salji mahu mari. Angin sejuk entah dari mana mencium seluruh tubuh, memaksa tangan ini berlari sembunyi di dalam poket  untuk memanaskan badan.






    Sampai dilorong kecil menuju menara jam di universiti itu. Aku terhenti. Ada sepasang arab Jordan sedang duduk. Seperti yang aku jangka, duduk dilorong itu berlapikkan buku dan kitab mereka. Mungkin, bagi mereka tempat keluar najis itu lebih mulia dari tempat mencatat ilmu. Mungkin..






 Aku cuba meneruskan langkah, tapi terhenti sekali lagi. Pak arab dan mak arab ini sedang berpelukan, bergelak ketawa. Konon sejuk, jadi ingin di hangatkan badan bersama. Apa ke hal? Mungkin di akhirat nanti mampu dihangatkan bersama juga. Fikirnya arab tiadalah dating mating.





Hei! Husnu zon lah sikit. Sudah bernikah mungkin.



Cis! Tak mungkin. Arab antara bangsa paling susah bernikah. Terlalu ketat peraturannya. inikan lagi  masing masing lebih kurang 18 – 25 tahun. Adik beradik? Percayalah, mana adik beradik yang mesra begitu?




Adik beradik angkat mungkin.





Entahlah, sudah cuba husnu zon. Tapi yang kelihatan hanyalah zon larangan merokok yang dipandang sepi oleh manusia bernama mahasiswa. Hairan. Bagaimana mungkin bergelar mahasiswa kalau tak reti membaca.




Aku bertukar arah. Konon “sawit”lah (baca : sweet)  mereka itu. Aku mengambil jalan lain. Dan ya, ada satu lagi pasangan saling mensawitkan diri, menyuapkan syawarma kemulut pasangan masing masing. aku terhenti. Apa boleh buat, nak di halang takut dipukul.




 Maka aku berjalan pulang. Selera ku hilang dek kerana perut aku penuh dengan daging orang mati. Itulah, siapa yang suruh mengumpat.




Di pagar jamiah, ada pelajar melayu yang baru datang ke jamiah. Kelas lambat kot. Sekali lagi aku terlihat sepasang pasangan “sawit”. Kali ini sudah bernikah. Tapi… Argh! Apahal nih! Halal dah halal, kenapa aku masih sakit?



Itu lah tanda, kau marah bukan kerana Allah. Kau marah sebab peribadi.




Kau teringat diakah?



Dia? Haih. Maaf. Dia sudah lagi tidak wujud. Tapi mungkin kerana persekitaran begini menolak aku kearah itu.



Sakit juga kadang kadang. Kalau Dia yang maha pengasih itu tiada, mungkin sudah lain aku buat disini. Mungkin sudah lebih dari ini.




Nanti lah. Dia yang dijanjikan itu ada. Nantilah.



***************************************


Khamis

Jangkaan turunnya salji pada malam ini kami ambil bagai melukut ditepi gantang. Ya saya tahu salah penggunaan peribahasa tu. Apa saya peduli?





Pagi itu sejuk. Gila kau tak sejuk! Salji kot!



Aku bangkit, susah. Percayalah susah. Hiram 8 kg terasa 20 kg. pakai baju setebal boleh, bergerak menuju jamiah.




Sekali lagi aku lalu di tempat pasangan sawit arab tempoh hari. Tersenyum, mengepal sedikit ais mencampak kan ketempat mereka. Kemudian aku ketawa. Ikram pelik. Kenapa?



“haha. Nak tiru nabi Ibrahim. Saja cabar diorang duduk tempat yang sama, dalam keadaan macam nih. nak sangat rasa hangat.”





Akh sufi kata :
came on hati! bumi yang gersang kotor ini pun Allah putihkan sekali sekala dengan salji, takkan kau selamanya nak kotor?



ini adalah luahan hati orang penuh kepala otak belajar. sekian.



No comments:

Post a Comment