Salam alaikum
Aneh.. hari
ini aneh..
Bukan maksudnya hari ahad ini aneh. Zaman ini.
Zaman ini aneh.
Aku teringat.
Dulu ketika umur masih belum boleh di
ta`rifkan dewasa, masih setahun jagung bahkan mungkin lebih muda dari jagung
berumur setahun.
Aku pernah terbaca
kisah. Kisah menggeletek usus. Dan kisah ini bukan dalam kitab karangan ulama islam
berserban besar, bukan juga dalam buku sains karangan saintis berambut tidak terurus,
bukan juga dalam ukiran manusia purba di dinding gua.
Bukan.
Ianya hanyalah
dari sumber yang bakal di hukum “sia sia” oleh sebilangan pihak. Bahkan di
ta`rifkan bodoh oleh bijak pandai. Serta di pandang oleh “ahli serius” (orang
yang suka hanya fakta) bukan sahaja dengan
sebelah mata, bulu mata pun tidak selera memandang.
Komik.
******************************************************************************
Kisah bermula
tentang sekumpulan binatang sedang berkumpul.
“
hahahahahaha” ‘hihihohiihoho” “harharharhar”
Seekor rusa melihat kumpulan itu dari jauh. Pelik juga.
Jarang ada mesyuarat AHAIS (Ahli HAIwan Sehutan) di tengah hutan ni. Dan juga
bertambah pelik, kebanyakan mereka sedang tertawa besar.
Rusa berjalan
mendekati kumpulan itu. Mereka sedang mengerumuni tuan sri ayam. Maka rusa bertanya
pada menteri perairan, puan gajah.
Rusa :
kenapa puan gajah? Kenapakah semua ahli mesyuarat bagai bung mokhtar di dalam
parlimen lagaknya? Bukankah kita haiwan tidak boleh bersikap demikian?
Puan gajah berpaling,
melihat rusa kebingungan. Dia cuba menahan tawa nya dengan tangan lebar nya. Merah
padam muka. Namun tawa terburai juga menggerudi telinga yang mendengar.
Puan gajah
: maafkan kami yang dipertua rusa. Kami tidak tahan mendengar jenaka lelucon
(baca:lawak) dari tan sri ayam.
Rusa : oh
ya? Sedang berjenakakah dia? Wahai tan sri ayam. Ke mari. Ceritakan jenaka apa
yang mampu membuat encik harimau ketawa mesra bersama makanan nya ini?
Tan sri
ayam yang sedang kebingungan dating menghadap rusa. Dia menggaru sedikit
kepalanya dengan taji nya. (ayam taka da tangan)
Tan sri
ayam : saya tiada melakukan apa apa jenis jenaka yang dipertua. Bahkan saya
agak pelik melihat ahli dewan ketawa tak ingat akhirat. Saya Cuma bercerita
tentang pengalaman saya ke Bandar.
Rusa : oh
ya? Anda ke Bandar? Lalu apa yang anda lakukan disitu?
Tan Sri
Ayam : saya menikmati KENTUCKY FRIED CHICKEN bersama seisi keluarga. Entah kenapa
semua haiwan ketawa.
Yang dipertua
bangun, berpaling lantas berlari sambil ketawa “yang ini lawak!” jeritnya.
*************************************************************************************
Saya tahu,
beberapa orang tak faham dengan lawak
dari komik yang say abaca ini. Mungkin temurung otak anda dilembabkan oleh sarang
sarang labah labah didalamnya. Jika anda tidak paham, baca sekali lagi.
Jadi apa
yang aneh?
Ya, dulu “ayam” makan “ayam” menjadi bahan
tawa. Kita rasa itu tak mungkin terjadi. Kita rasa kalau ya pun ia terjadi,
maka ianya bukan sahaja gharib (pelik) jiddan, bahkan ayam begini patut dibunuh
segera. Karnivor!
Tapi kini, “ayam”
makan “ayam” sudah kelihatan biasa. Ditayang tayang lagi di peti tv. Ya, bukan
ayam yang berkokok tidak berakal lagi tidak bersalah tu, ianya manusia.
Manusia sudah
terbiasa memakan manusia. Entah kenapa istilah kanibalism itu dimomoki, tapi
perbuatan manusia makan manusia itu sendiri
tidak dihindari. Malah dibiasakan.
Dan bila
saya kata manusia makan manusia, ianya luas saudara.
Mengumpat.
(surah al hujurat : 12).
Mengambil hak
orang lain, memakan harta anak yatim, memeras keringat rakyat demi perut boroi
bersaiz 98, membunuh manusia yang tiada mengangkat senjata bahkan tidak
bersalah.
Bahkan makan
manusia juga ada melalui penyakit hati. Pernah dengar peribahasa “makan hati”?
Teliti semula,
tiga ayat yang saya guna. Kesemuanya seperti tiada berkait. Seperti tidak fokus
kepada apa apa masalah.
Jika anda
memiliki pemerhatian setajam rambut dibelah tujuh, maka anda akan dapati,
istilah makan manusia itu terbahagi tiga.
Dengan lisan,
dengan perbuatan, dengan hati.
Kesemua tiga
ini ada kaitan. Ianya berkaitan hubungan kita dengan manusia. Apa kita lupa
bukan kita dan tuhan saja ada di dunia ini? Manusia lain juga wujud.
Maka seharusnya
mereka yang kenal Allah, tidak mensiakan dan menzalimi hubungan kita dengan
manusia. Bahkan dengan makhluk.
Qola akh
sufi : hakikatnya ayam tidak sepatutnya makan kfc. Juga benarlah kata kata di
atas baju saya “ape shall never hurt ape”
Ehemm, mohon tunjuk ajar ambo :)
ReplyDelete