sahabat ana!!

Sunday, December 22, 2013

ayam makan pizza

Salam alaikum





Aneh.. hari ini aneh..




  Bukan maksudnya hari ahad ini aneh.   Zaman ini. Zaman ini aneh.





Aku teringat. Dulu ketika umur  masih belum boleh di ta`rifkan dewasa, masih setahun jagung bahkan mungkin lebih muda dari jagung berumur setahun.





Aku pernah terbaca kisah. Kisah menggeletek usus. Dan kisah ini bukan dalam kitab karangan ulama islam berserban besar, bukan juga dalam buku sains karangan saintis berambut tidak terurus, bukan juga dalam ukiran manusia purba di dinding  gua.



 
Bukan.




Ianya hanyalah dari sumber yang bakal di hukum “sia sia” oleh sebilangan pihak. Bahkan di ta`rifkan bodoh oleh bijak pandai. Serta di pandang oleh “ahli serius” (orang yang suka hanya fakta)  bukan sahaja dengan sebelah mata, bulu mata pun tidak selera memandang.





Komik.
******************************************************************************


Kisah bermula tentang sekumpulan binatang sedang berkumpul.




“ hahahahahaha”  ‘hihihohiihoho”  “harharharhar”





Seekor  rusa melihat kumpulan itu dari jauh. Pelik juga. Jarang ada mesyuarat AHAIS (Ahli HAIwan Sehutan) di tengah hutan ni. Dan juga bertambah pelik, kebanyakan mereka sedang tertawa besar.




Rusa berjalan mendekati kumpulan itu. Mereka sedang mengerumuni tuan sri ayam. Maka rusa bertanya pada menteri perairan, puan gajah.




Rusa : kenapa puan gajah? Kenapakah semua ahli mesyuarat bagai bung mokhtar di dalam parlimen lagaknya? Bukankah kita haiwan tidak boleh bersikap demikian?



Puan gajah berpaling, melihat rusa kebingungan. Dia cuba menahan tawa nya dengan tangan lebar nya. Merah padam muka. Namun tawa terburai juga menggerudi telinga yang mendengar.




Puan gajah : maafkan kami yang dipertua rusa. Kami tidak tahan mendengar jenaka lelucon (baca:lawak) dari tan sri ayam.




Rusa : oh ya? Sedang berjenakakah dia? Wahai tan sri ayam. Ke mari. Ceritakan jenaka apa yang mampu membuat encik harimau ketawa mesra bersama makanan nya ini?



Tan sri ayam yang sedang kebingungan dating menghadap rusa. Dia menggaru sedikit kepalanya dengan taji nya. (ayam taka da tangan)



Tan sri ayam : saya tiada melakukan apa apa jenis jenaka yang dipertua. Bahkan saya agak pelik melihat ahli dewan ketawa tak ingat akhirat. Saya Cuma bercerita tentang pengalaman saya ke Bandar.



Rusa : oh ya? Anda ke Bandar? Lalu apa yang anda lakukan disitu?



Tan Sri Ayam : saya menikmati KENTUCKY FRIED CHICKEN bersama seisi keluarga. Entah kenapa semua haiwan ketawa.




Yang dipertua bangun, berpaling lantas berlari sambil ketawa “yang ini lawak!” jeritnya.

*************************************************************************************




Saya tahu, beberapa orang  tak faham dengan lawak dari komik yang say abaca ini. Mungkin temurung otak anda dilembabkan oleh sarang sarang labah labah didalamnya. Jika anda tidak paham, baca sekali lagi.




Jadi apa yang aneh?





  Ya, dulu “ayam” makan “ayam” menjadi bahan tawa. Kita rasa itu tak mungkin terjadi. Kita rasa kalau ya pun ia terjadi, maka ianya bukan sahaja gharib (pelik) jiddan, bahkan ayam begini patut dibunuh segera. Karnivor!






Tapi kini, “ayam” makan “ayam” sudah kelihatan biasa. Ditayang tayang lagi di peti tv. Ya, bukan ayam yang berkokok tidak berakal lagi tidak bersalah tu, ianya manusia.






Manusia sudah terbiasa memakan manusia. Entah kenapa istilah kanibalism itu dimomoki, tapi perbuatan manusia makan manusia itu sendiri  tidak dihindari. Malah dibiasakan.






 
Dan bila saya kata manusia makan manusia, ianya luas saudara.





Mengumpat. (surah al hujurat : 12).




Mengambil hak orang lain, memakan harta anak yatim, memeras keringat rakyat demi perut boroi bersaiz 98, membunuh manusia yang tiada mengangkat senjata bahkan tidak bersalah.





Bahkan makan manusia juga ada melalui penyakit hati. Pernah dengar peribahasa “makan hati”?





Teliti semula, tiga ayat yang saya guna. Kesemuanya seperti tiada berkait. Seperti tidak fokus kepada apa apa masalah.





Jika anda memiliki pemerhatian setajam rambut dibelah tujuh, maka anda akan dapati, istilah makan manusia itu terbahagi tiga.






Dengan lisan, dengan perbuatan, dengan hati.





Kesemua tiga ini ada kaitan. Ianya berkaitan hubungan kita dengan manusia. Apa kita lupa bukan kita dan tuhan saja ada di dunia ini? Manusia lain juga wujud.







Maka seharusnya mereka yang kenal Allah, tidak mensiakan dan menzalimi hubungan kita dengan manusia. Bahkan dengan makhluk.




Qola akh sufi : hakikatnya ayam tidak sepatutnya makan kfc. Juga benarlah kata kata di atas baju saya “ape shall never hurt ape”

1 comment: