As salamualaikum.
Al kisahnya
pada suatu masa yang tidak pernah disebut, seorang pengembara datang ke sebuah kampung.
Dia kehausan yang amat sangat. Maka dia meminta air pada orang sekeliling. Pada
orang kampung.
Tiada siapa
tampil memberi. Lama dia disitu. Lantas keluar lah seorang lelaki bernama ayah
aripin. Mengambil air dari rumahnya, menuangkan kedalam besen, dan pergi
berjumpa lelaki haus itu.
Ayah aripin
kemudian nya duduk diatas kerusi, meletakkan besen ke tanah, dan mencelupkan
kedua kakinya kedalam air tersebut.
“kau nak
air? Minumlah air kaki ini.”
Ketika ini,
siapa yang bersalah?
Orang yang
meminta air kah, atau orang yang memberi air kaki kah?
Jawapan dari
saya, ialah..
Orang kampung
lain, yang tidak memberi air bersih.
(tak faham
sila tulis di ruang komen. Saya insha Allah akan terangkan)
kata akh sufi : many can see false, few can do better.
kenapa? orang yang beri air tu bukan salah jugak ke.
ReplyDeleteTerima kasih, akhirnya ada juga orang tanya. Haha (syok sendiri tuh syok..)
ReplyDeleteBaiklah, ya betul. Dia salah. Ada yang kata, dari dia bagi air kaki, baik x perlu bagi langsung.
Tapi kalau sebelum tu, ada sorang pun jadilah yang bagi air bersih, dia dah x perlu menghadap orang yg bagi air kaki tu. Jadi situasi sebegitu dicegah terlebih dahulu.
Ianya sebenarnya adalah analogi, saya berfikir, sekiranya kita tak mahu ada orang lain beri ajaran salah pada ummat islam yang lain,ummat islam sedia ada sepatutnya mrngambil tindakan memberikan ajaran yang benar. Ummat islam kehausan ilmu.
Jadi betullah, ayah pin tu salah, tapi tidak memberi dan menyebarkan ajaran tuhan yang sebenarnya juga salah.