sahabat ana!!

Monday, December 30, 2013

mereka yang salah! (vlog)

As salamualaikum.






Al kisahnya pada suatu masa yang tidak pernah disebut, seorang pengembara datang ke sebuah kampung. Dia kehausan yang amat sangat. Maka dia meminta air pada orang sekeliling. Pada orang kampung.

Tiada siapa tampil memberi. Lama dia disitu. Lantas keluar lah seorang lelaki bernama ayah aripin. Mengambil air dari rumahnya, menuangkan kedalam besen, dan pergi berjumpa lelaki haus itu.

Ayah aripin kemudian nya duduk diatas kerusi, meletakkan besen ke tanah, dan mencelupkan kedua kakinya kedalam air tersebut.
“kau nak air? Minumlah air kaki ini.”

Ketika ini, siapa yang bersalah?
Orang yang meminta air kah, atau orang yang memberi air kaki kah?

Jawapan dari saya, ialah..

Orang kampung lain, yang tidak memberi air bersih.


(tak faham sila tulis di ruang komen. Saya insha Allah akan terangkan)

kata akh sufi : many can see false, few can do better.

2 comments:

  1. kenapa? orang yang beri air tu bukan salah jugak ke.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, akhirnya ada juga orang tanya. Haha (syok sendiri tuh syok..)

    Baiklah, ya betul. Dia salah. Ada yang kata, dari dia bagi air kaki, baik x perlu bagi langsung.

    Tapi kalau sebelum tu, ada sorang pun jadilah yang bagi air bersih, dia dah x perlu menghadap orang yg bagi air kaki tu. Jadi situasi sebegitu dicegah terlebih dahulu.

    Ianya sebenarnya adalah analogi, saya berfikir, sekiranya kita tak mahu ada orang lain beri ajaran salah pada ummat islam yang lain,ummat islam sedia ada sepatutnya mrngambil tindakan memberikan ajaran yang benar. Ummat islam kehausan ilmu.

    Jadi betullah, ayah pin tu salah, tapi tidak memberi dan menyebarkan ajaran tuhan yang sebenarnya juga salah.

    ReplyDelete