sahabat ana!!

Sunday, November 21, 2010

yang tersembunyi itu indah!

..Kerana epal..

Salam alaik..

Seorang lelaki soleh, berjalan didalm hutan dalam keadaan yang sgt lapar.. die berjalan dlm keadaan merintih pada tuhannya..puas dirinya mencari makanan, bukan die tidak berusaha.. sampai lah dia ditepi sungai.. diminum lah air kurnian yang Maha Pemurah itu dengan lafaz bismillah, sambil dlm kepala memikirkan jalan mencari makan..

Atas izin tuhan, terlalulah sebiji epal di dalam sungai dan tepat2 terkena pada tangannya yg sedang dimasukkan ke dalam sungai.. rezeki!! Terus digigitnya epal tersebut sedikit dan dihadam elok.. terfikir.. siapa tuan punya epal ni? Haram ni!! Lalu die terfikir.. arus ni datang dri hulu sungai.. dia mendaki melawan sungai.. mencari pemilik buah tersebut..

Dalam perjalanan, die terlihat sebuah rumah ditepi sungai dengan sepohon kayu daunnya rimbun (macam nasyid je bunyinyer..) pohon epal.. dengan pucuk pohon tersebut terjuntai ke arah sungai.. tahulah dia, inilah agaknya pemilik epal tersebut..

Dipendekkan cerita, die kemudian bertemu dengan pemilik rumah tersebut.. seorang lelaki tua.. dia meminta maaf atas kesalahnya dan rela menerima segala hukuman.. si tua tersenyap, terpegun.. hmm..

maka si tua (juga seorang soleh), menyuruhnya bekerja untuknya disebuah kebun selama 3 tahun, dan selepas tamat tempoh tersebut, maka die bakal dinikahkan dengan anak perempuan si tua tersebut..

Diberitakan padanya anak perempuan si tua tersebut cacat matanya, telinganya, mulutnya dan lumpuh seluruh tubuh badannya.. tapi satu yang menarik minatnya, iman perempuan tersebut boleh dianggap tinggi.. hmm.. baginya sebagai balasan pada kesalahannya memakan buah haram tersebut, di relakan juga dirinya..\

Selepas 3 tahun, lelaki soleh td telah terlupa tentang pernikahan yg bakal berlangsung.. tahu2, 1 minggu lagi die bakal bernikah.. diaturkan lah satu Majlis taaruf buat pernikahan yg bakal terjadi..terfikir oleh dia, dia bakal bernikah dengan muslimah yang serba kurang, sanggupkah dia?? Hmm.. apa boleh buat, ditelan juga kenyataan pahit tersebut yang sedikit dimaniskan dengan satu lagi kenyataan, dia solehah!

Sesi taaruf dimulakan dengan agak dingin, si lelaki td x tau ap yg patut dilakukan.. tak lama kemudian, dipanggillah bakal pengantin perempuan.. diselak purdah yg menutup rapi wajahnya.. apa hasilnya? Terlihatlah oleh lelaki tersebut wajah yang tenang dipandang, mata yg penuh cahaya!! Cantik tak terkata!

Lantas dialih pandangan.. tiada langsung cacat celanya! Malah tidak pernah dilihat perempuan secantik itu.. Di tenung wajah bakal mentuanya.. penuh hairan..

Mentuanya tersenyum, tenang.. ditanya lah pada bakal menantunya itu, “kenpa? Kau x berkenan?” lelaki soleh td tersenyap, tersenyum, lantas bertanya.. “bagaimana mungkin muslimah sebigini dikata pekak, buta, dan bisu.. malah lumpuh?” jwab simentua tenang “ dia buta, kerana tidak pernah melihat lelaki ajnabi, pekak kerana tidak pernah mendengar perkara melalikan, bisu kerana tidak pernah bercakap dngn lelaki ajnabi, dan bertutur dengan yg tidak bermanfaat.. lumpuh, kerana dia sendiri tidak pernah dilihat lelaki ajnabi lain, semenjak dia akhil baligh..”

Si pemuda takjub.. ini kah wanita solehah yg bakal menjadi isterinya? Die menyatakan persetujuan.. lantas mereka terus di nikahkan secara sederhana.. usahanya berkerja selam 3 tahun diperolehinya.. begitulah betapa beruntung yang beriman dan beramal soleh!

Pengajaran dari cerita.. lelaki soleh buat perempuan soleh, begitulah sebaliknya.. beruntunglah org yg takut pada tuhannya.. dan yang ketiga.. yang tersembunyi itu indah!!

Apa yg menarik pd cerita ini, rahsia berkenaan bnyk perkara.. rahsia muslimah tersebut, rahsia usaha keras si abid soleh semata-mata untuk menghapus dosa.. dan lihatlah hasilnya!! Rahsia lah yang mengindahkan segalanya.. dan yg tersembunyi itu rahsia..

Jika tidak masakan tuhan mengatakan dlm kitab suci quran,

Didalam syurga itu terdapat bidadari. mereka tidak pernah dilihat oleh jin dan manusia.

Itu lah yang menarik sebenarnya.. yang tersembunyi itu istimewa.. maka tidak hairan kalo yang bertudung litup lebih indah dan sesuai dijadikan pasangan (nikah yer, bukan yang lain..) dari yang tidak mentup aurat..

mari kita fikirkan bersama!

Wallahu a`lam

No comments:

Post a Comment