sahabat ana!!

Friday, January 27, 2012

bibir tersenyum. hati?

Salam alaikum.

Hey! Saya tersedar sesuatu! Saya da jadi senior! Haha. Baek, sape sĂȘnior kat sini sila angguk kepala anda! Then senyum Sambil ucap “terima kasih Allah! Panjang umurku!”.. dan kemudian menangis cepat2 sambil ucap “ ampun ya Allah! Umurku yang panjang x dapat diseimbangkan dengan amalku yang sedikit!”.

Baek., pastikan anda buat yer prosedur yang saya ckp diatas.

Kenapa? Anda bukan senior? X per! Asalkan anda masih hidup, percaya lah anda beruntung!

Sekarang.. aktiviti seterusnya. Sila terbalekkan ucapan dengan emosi anda. Maksudnya, sile ucap “terima kasih Allah! Panjang umurku!” sambil nangis. Dan ucap “ampun ya Allah! Umurku panjang x dapat diseimbang dengan amalku yang sedikit!” sambil senyum.

Senangkan? Sebenarnya ni antara permainan yang di bagi oleh fessi orientasi pada budak2 form 1. Name permainan ni adalah REAKSI EMOSI. Kitorang bagi kata2 dan diorang kene sebut kata2 tuh dengan emosi yang terbalek dari kata2 tuh. Contohnya, sebut saya happy dalam nada sedih dan menangis.

Jap ea? Nak try. Erk.. mcm susa jugakla..

Baik, permainan ni buat aku teringat kat sorang kawan aku. Die pernah gune satu kate2, “bibir tersenyum, hati menangis”.. kate die, itu prinsip hidup die. Sungguh mulia. Kata orang, senyum dalam susah tu satu perkara mulia! Subhanallah.

Tapi Ada satu yang ganggu fikiran aku tentang kata2 tuh.Kenapa hati perlu menangis?

Kesian kat HATI!

Hurm. Aku terfikir tentang kata2 tuh. Bukan lah niat nak mengkritik prinsip hidup seseorang.wal`iyaudzubillah.. Just, aku nk bg satu lagi prinsip hidup yang mungkin kurang menyakitkan dari prinsip hidup yang tadi. Apa prinsipnya?

“bibir itu cermin hati, maka senyumlah hati!”

Atau

“bibir tersenyum, hati menguntum”

Kenapa aku cadangkan yang ini?

kate2 bibir tersenyum hati menangis, melambangkan luar dan dalam yang berbeza. Luar gembira tapi hati terseksa. Kenapa hati terseksa? Kerana persekitaran melukakannya. Tapi bagi menutup hati yang luke, kite ubah reaksi di muka. Hati cuba pasrah.

But the reality is, kite tetap saket.

Tapi dengan principal “bibir itu cermin hati,maka tersenyumlah hati!”, kita belajar terima qada` qadar Allah. Biarpun terkadang apa yang jadi , menyakitkan kita, tapi kite tahu hati kita masih boleh tersenyum. Bukan setakat bibir.

Kita mampu redha! Bukan sekadar dari luaran. Bahkan dalaman pon kita redha dengan Allah. Redha yer? Bukan pasrah.

“What? Apa beza redha dengan pasrah?”

Haha.. sah x tengok ombak rindu nih. X per.. jangan tengok pon citer tuh. Biar kite yang da tengok cube terangkan..

Redha : ikhlas.

Pasrah : menyerah.

Qola Akh Sufi: kesian kan hati.. dalam hidup, bukan fizikal saje patot relaks dan gembira. Hati juga punya hak sama. “bibir itu cermin hati, maka tersenyumlah hati!”. Sedaya upaya “mnyenyum”kan hati dan bibir. Well.. kalo x boleh, sekurang2nya kite cuba!

Bile kita senyum, semua orang berjangkit। Bile semua orang senyum. Dunia tiada penyakit!

credit to: malique

No comments:

Post a Comment