sahabat ana!!

Wednesday, January 25, 2012

you are not alone!

Salam alaikum.

Hari tu, masalah memang membeban dalam kepala otak aku. Aku pening! Everything seem to be bullying me. Dengan apa yang abah kata kat rumah, aku cuba lari ke sekolah. Well, aku tahu berdose aku cube lari dari apa yang abah ckp.

Hurm. Dose2.. tapi itu la aku.. cepat panas baran. Terburu buru. X bijak. Memalukan ibu abah. Setiap kali kalo aku panas dengan abah or ibu, aku akan blah.. biadab ke aku? Yer.. mmg biadab. tapi aku buat bersebab. nak tau x kenapa? bace sampai abis.

Di umur ini lah aku mule berfikir mcm2 bende x patot. Semuanya mengikut emosi dan hati.. kata seorang pemotivator, remaja adalah jutawan emosi. Jadi memang aku jahil.

Tapi believe me, everyone in my age sebenarnya mencari diri. Atau dalam erti kata lain, mencipta diri. Dari mane kita mencipta diri? Dari sekeliling kita.

Aku berdepan dengan masaalah lepas jadi mpp. Jawatan.. penting ke bende alah tu? Aku berfikir, dekat rumah aku x boleh jadi anak berguna. Jadi aku cuba jadi berguna kat sekolah. Tapi malangnya aku makin menyusahkan budak2 sekeliling aku. Apa la guna aku?

aku tengok balek budak2 asrama yang aku gagal didik jadi le bih baek. Semuanya salah aku. aku yang gagal mengingatkan lelakinya pada Allah. Aku yang gagal menyusupkan malu pada perempuan2 nya. Aku!

Dekat rumah aku berdepan dengan tekanan semua pihak. Abg2 aku yang pandang aku mcm budak kecik. (aku da besar kan?) haha. Dan mcm2 masalah aku kene hadapi.

Sampai satu hari aku tersedar.. masa aku tengah tengok sekor semut berjalan sorang diri. Then die angkat satu helai daun. Best aku tengok. Lepas tu aku dapat satu idea, aku amik tanah. Sikit demi siki aku letak atas daun tuh. Semut tu mule jalan perlahan. Makin perlahan. Dan kemudian die berenti. Aku pon angguk. Tahu aku semut ni da x tahan. X lame lepas tu datang 5 ekor lagi semut angkat same2 dengan die bawak ke sarang.

Aku tersedar. Cube korang perhati balek setiap masalah yang aku tulis. Semuanya tentang AKU ! asyik2 aku itu, aku ini. Aku terlupa. God made this world not just for me ! aku bongkak. Aku hanya fikir aku je ada masalah. Aku terlupa aku bukan sensorang kat dunia.

Selama ni aku tunduk. Sebab tu aku Nampak diri aku sendri je. Aku mule bukak mata, angkat kepala.

Kat situ ada ibu, abah. Kat situ aku nampak kawan2 aku. Dan paling tidak, walau aku x nampak. Aku rase rahmat tuhan aku.. aku tahu kenapa aku x bahgie selama ni. Sbb aku hidup sensorang.

Hey, who says we dont need other people ? senarai orang yang ada sekeliling kita.

1- family : orang yang x pernah pergi dari kita. Yang x pernah henti sayang kita. Yang selalu berendam air mata memohon maaf buat kita dari Allah. Bermandi peluh nak tengok kita senyum. Walaupon ada yang mak ayahnya telah pergi, tapi percayalah, die ada dengan kita.

2- Cikgu: orang yang keringatnya ilmu. Perhatiannya adalah utk tengok kite Berjaya. Katanya terkadang pedas. Tapi yang pedas tu kekadang buat sedap. (teringat tom yam aku buat td. Pedas tp sedap!)

3- Kawan: orang yang sejak kecik dengan kita. Yang senyum menangis everything dengan kita. Tapi x semuanya setia. Yang gelak dengan kita x semestinya akan nangis dengan kita. Yang menangis dengan kita x mustahil akan me ‘menangis’ kan kita.

Ye aku tau ramai lagi orang sekeliling kita. Tapi ni yang selalu sinonim dalam kata2 Kalau ada yang tnya, mana yang kite perlukan? Jawapan astinya adalah KESEMUANYA! Kite perlukan manusia lain sebab kita hanya manusia. Bukan tuhan. . Dan ada satu lagi yang aku x masukkan dalam senarai.

ALLAH. Kan die yang janji akan ada selalu dengan kita. Akan selalu faham kita. Akan suke bile kite senyum dalam redha die.Dan die punya janji x kan Die mungkiri.

Akh sufĂ­ kate: Allah x janji jalan ini akan senang. Tapi die janji die akan sellau dengan kita. And as long as kite x keseorangan, kita akan bahgia! You will never walk alone.

Erk, sori yer kalo bosan bace. Panjang sangat yer? Baek.. kenapa bila aku marah dengan parent aku, aku akan blah cot2? sbb aku takot x dpt kawal mulut dan akan tertengking diorang. aku panas baran orangnya. jadi aku x mau tunjuk yang panas tu kat mak ayah aku. x nak!

2 comments:

  1. kau lepas je mpp tu..aku rasa kau mesti dah banyak jawatan form 5 ni kan??setakat lepass mpp tu xde effect papela~

    ikut je cakap aku yang xberpengalaman ni..senang hidup..hahahaha~

    ehh jap..fb xboleh kan?blog boleh pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. heiyo far.. mane boleh ma lepas tuh jawatan. bukan sebab aku x mo, sbb x bleh.. susa kot..

      makanya x boleh la saya nak ikot ckp ko yg berpengalaman tuh.. haha..

      fb je die kate haram. kalo ikotkan, twitter pon aku kira x haram. tapi setelah dipertimbang biakkan, aku haramkan jugak twitter. blog x bleh haram 0k?

      Delete