sahabat ana!!

Friday, November 16, 2012

qalbi or palestini?

salam alaikum,,


   SPM.  

Aku harap, yang baca hari ni, tolong jangan ingatkan aku pasal bende merah nih.. aku nak lupa kan sekejap..




   kitab syariah islamiah, dalam tajuk af`alullah dan af`alul ibad.. kalo kite baca elok-eloknya wahai kawan, ada menerangkan, bahwa sesungguhnya, hamba dan makhluk allah itu, perbuatannya terbahagi dua..





perbuatan yang terkawal atau kita panggil ikhtiari. kalo tak paham, agak2 pandai sains dan biologi, ianya dipanggil voluntary action. cth; bangun, duduk, solat, minum, makan..




perbuatan tak terkawal, dipanggil ijbari.. atau dalam bahasa yang di saintifikkan oleh orang yang kononnya saintifik, involuntary action.. cth; denyut nadi, kelip mata, pencernaan, dan lain2,,




  walau apa pun gelaran, tetap juga bende2 atas ni jugak yang kita buat.. yang terkawal, memang tak kita tak payah bincang ar sekarang..



apa yang menjadikan hidup aku agak kusut, berlumut yang kian membusut dan memaksa aku melutut kepada hal yang tidak patut, adalah tindakan IJBARI..




  well, meskipun kata cikgu- cikgu sekolah, buku teks amat penting sebab ianya menjadi rujukan pemeriksa dalam menanda kertas, aku tak pasti ianya akan menjadi rujukan kita bagi menyelesai masalah hidup..




kenapa aku cakap macam ni? sebab buku teks syariah islamiah tak sempat dan mugkin tak sedar mengenai satu bende yang paling penting dan yang selalu menganggu hidup..



GERAK HATI




 sesungguhnya gerak hati termasuk dalam kategori ijbari..




siapa yang mampu mengawal rasa hati? siapa yang dapat kawal apa yang hati dia rasa, bila die mahu rasa, dan kenapa dia perlu rasa.. siapa boleh?




kalau hati tuh betul boleh dikawal, aku tak rasa macam nih.. kalu boleh, aku tak menulis dalam blog sekarang. kalau boleh, tiada siapa yang melampau kecewa, melampau gembira, melampau mencintai, melampau merindui, melampau lampau lampau la..




  korang pernah tak, rasa nak kawal je apa yg kita suka,. siapa yang kita suka, bila kite perlu suka?
dan aku pasti, sape pun korag, musti korang pernah ada perasaan kat orang lain.,




hurm.. apa kate aku terus terang je boleh? kenapa perasaan macam nih datang ganggu aku mase tengah periksa2 besar  ?wal  hal sepatutnya sekarang aku tengah bace buku, selesaikan masalah addmath, habiskan physic, dan sebagainya..?



bende ni menganggu tau tak? kalo boleh nak je aku mintak kat allah, biar aku tak yah ada perasaan.  haih.. dan kalo la aku tau apa ‘die’ punyer perasaan, rasenye itupun cukup.. korang tau tak sekarang ni rase macam ape? rase tergantung tau tak?




but, the reality is, itu kan ijbari.. sape kite sebagai hamba nak tentukan apa yang kita sendiri tak mengerti kan/ bende tu kita jahil kan?  kerja kita, cuba kawal,, kan?




hurm.. kawan2, sedang kita disibukkan dengan hal tindakan ajbari kita yang tak mampu kawal, kita tak tahu  ketua general HAMAS, ahmad jabari telah syahid semalam di bunuh tentera Israel laknatullahu alaihim..  betapa diorang menghina peraturan bulan2 haram berperang, hingga pada hari pertama muharram diorang mulakan perang..




   rasa terperli pulak tgh hari tadi. masa dengar khutbah dari khatib yang cukup terkesan dekat hati.. kata khatib, apa kan kita jawab dekat depan allah, masa kita dikumpulkan ramai2.. masa kita hampir melangkah ke syurga, orang2 palestin akan datang kepada kita..



mereka tersibuk dengan keselesaan dan hal mereka sendiri ya Allah.. bukankah telah bersabda nabi mu, bahawa bukan dari golongan kami, orang2 yang melupakan hal saudara mara mereka..




apa2 pun, doakan la aku lupakan ‘dia’.. doakan la aku makin beriman, tambah fokus, senang belajar.. dan.. doakan la secara fokus dan bersungguh sungguh, doa2 penyelamat buat saudara palestin kita. bacalah qunut azilah untuk diorang.. buat yang termampu, sedeqahkan harta, usaha, peluh, dan kalau perlu darah pun kita tolong diorang..




akh sufí ; allahummansur mujahidin fi falastin, fi kulli makan, wa kulli zaman.. allahumma ya munzilal kitab, wa ya mujriyal sahab, wa ya hazimal ahzab,.. ihzimhum, ihzimhum, ihzimhum wan surna alaihim..



imam khatib; kita like kutukan pada Israel atas penyerangan gaza, namun dalam masa sama, tangan menghisap rokok,bibir menghirup air dari starbuck, perut terisi dengan hasil mcd..x belajar  agama mendalam, malulah kita..


5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. oh.. tq.. sebenarnya, post ni tulis pun sbb terbace ayat tuh.. apa2 pun, syukran ala husniki.. salam, wa rahmah, wa barkah alaiki..

    ReplyDelete
  3. Aku doakan kau dpt lupakan ‘dia’.. Aku doakan kau makin beriman . ** kau bakal pemimpin islam :)

    ReplyDelete
  4. amin.. erk.. ko ckp pemimpin islam? ya Allah.. takut aku dengar..

    ReplyDelete
  5. tak yah lah takut . Allah tawu kau mampu :D

    ReplyDelete