sahabat ana!!

Monday, December 17, 2012

Mc DoNaLd!! aku datang..


assalam alaikum..


pagi tu, alamanda telah aku pijak dengan jayanya. Cheh ayat.. hurm. Pagi tu, aku pergi alamanda dengan kak aku. Da lama x kuar sama2, so pegi la kejap. Bukan buat apa, pergi tengok sana sini. Apa da jadi ngan tempat tuh, da roboh ke, terbako ker, terbelah dua ker.. x de pulak.. elok jer.. hha. Haih.. merapek.. sebab da lame x post la nih..




    jadi nak buat cerita, aku berjalan la melintasi satu kedai, yang mana aku rase kalo aku bagitau arissa nan qaid nama kedai tuh, musti diorang pun tau.. oh, arissa nan qaid tu nama anak sedara aku. Kalo x tau la..








hurm.. apa ke namanya?




MCD..

Hurm. Berlalunya aku disitu, saje la aku tengok2 ke dalam. Mengintai dari luar.. haha..  x de la mengintai sangat.. macam apa je bunyi. Dan apa yang aku dapat lihat?







Haih.. masih ramai lagi manusia menghadam makanan dalam kedai tuh. Dari yg free hair, ke tudung labuh.. dari yang seluar kecik sampai ke jubah terus.. seronok dalam tuh.






Dan kalo ingat.. Mase 1 muharram, Israel bom banyak tempat2 gaza.. aku fikir, ini la masanya orang mula sedar.. dan tak semena mena, tetibanya pula si MCD buat hari sarapan sedunia..





tak pernah pulak dengar.. dan seperti yang dijangka, tawaran burger free tuh dapat menawan hati orang2 malaysia untuk ziarah ke sana.. oh.. how sweet MCD.. baiknya mereka menjamu free burger haritu.. haha..







Jadi apa masalah dia? Dengkikah aku pada kedai MCD itu? Atau dengkikah aku sebab tak dapat melahap, mnghidu, apatah lagi menggigit burger dalam kedai tuh? Oh tidak sama sekali.. har,har,har..






Bahkan bukan sahaja MCD, termasuklah juga berduyum duyum spesies homo sapien menziarahi kedei kedei tertera nama starbuck, membeli sarung kain berjenama calvin klein dan seumpama dengannya.




Jadi sekali lagi, apa masalahnya? Hurm. Aku tau, korang sendiri tahu perihal sebenar.. apa yang aku nak ceritakan? Hurm.





Korang nak tau? Mak cik aku yang duduk kat jepun, pernah cerita. Kedai2 mcdonald kat jepun, kebanyakannya dah tutup kat sana. Menyokong palestin dari sudut ekonomi.



Jadi, otak aku yang besarnya boleh tahan ni mule mendigest maklumat. Dan aku agak terbingung disitu kerana aku baru mengingati sesuatu. JEPUN negara BUKAN ISLAM..




so.. apa da jadi dekat NEGARA ISLAM kita bernama MALAYSIA nih?




Dan perlu aku tegaskan bahawasenya Mc Donald nih da terbuktilah ia menyokong Israel secara halus. Sedar ataupun tidak, Israel menjadi tenaga yang kecil tapi padu bak cili padi yang kecil tapi tepu itu hasil dari bantuan luar. Bukan bantuan dari pemerintah di langit, tapi bantuan dari muslim sendiri..




hurm.. biasa dengar kan?




Muslim makan muslim..




Dulu, masa mula2 di kobarkan semangat boikot memboikot nih ke seluruh dunia, ada suara2 sumbang yang keluar dari mulut saudara muslim sendiri yang berbunyi seperti..




“alamak, kene boikot MCD dan sebagainya? Matilah..”
“lepas nih x makan la kita..”
“ hurm.. itu semua mengarut.. x de miskinnya Israel tu..”





 And again, my little brain starts to digest those words.. and again, I was surprised by them. Why? MUSLIMs said that!





   Well, Hello! For real ke kita mati x makan produk mcdonald, nestle, coca cola and so on? Dan, dah pupus ke makanan yang tak menyokong Israel? For certain barang2 mungkin la ada yang mmg terpakse kita pilih produk2 yang sokong yahudi, but, perlu ke semua? Belajar lah memilih keperluan berbanding kehendak!






   Sebelum beli, piker dulu, antara burger dalam mc Donald, dengan burger yang mak korang buat, ade baik try menghadap masakan mak korang.. yer x? lagi halal, bersih, bermutu lagi berzat.. sedap hingga menjilat jari kaki lagi tau?  






Or, korang bole fikirkan, samada kenyang seketika di dalam kedai mcd yang ada badut tuh sambil meredhakan pembunuhan beramai2 di falestin, atau kenyang yang juga seketika, di kedai yang tak menyokong gagasan Israel.. fikir2kan!






And some might ask,







“sampai bila lah kita nak memboikot produk2 tuh?”



Hurm, well.. jawapannya da pada korang.. sampai bila korang nak Palestine aman, dan sampai bila korang nak Israel lemah.. senangkan? Sampai bila tuh, korang bole piker sendiri.. dah mumayyiz kan??




Apapun, isu Israel ini x kan berhenti.. selagi Negara haram tuh x hilang, dan Palestine belum dapat pembelaan sewajarnya, x salah kita llakukan semua usaha yang ada. Tak ada istilah terlambat untuk bermula..



  Berhenti menghina diri dengan cara berhenti menggunakan produk2 tadi.. dan berhenti menyumbatkan perut anak2 kita dengan makann mcm tuh.. kan semua dah tahu.. mkanan tuh sememangnya mempengaruhi akhlak… kan? Kan?

Akh sufi said : banyak2 membaca ayat2 kat bawah nih..


“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada permainan dan senda gurau belaka dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Surah Al-An’am ayat: 32)

dan jangan lupe..


"“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” 


“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.” Surah Al-Hadid ayat 16.

Dan paling penting..

“Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka.” 



[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]



SEKIAN :)

No comments:

Post a Comment